Pages

Tuesday, February 23, 2010

Perempuan Madura Mengaku Nabi


Seorang perempuan madura bernama Samawiyah mengaku sebagai nabi. “Dia berdakwah setiap hari di rumahnya.
Samawiyah mengajarkan orang Islam tidak perlu naik haji ke Makkah. Kerana, katanya, dalam dirinya sudah ada Kaabah. Dia juga memerintahkan penganutnya untuk berpuasa seumur hidup. Bahkan, dia mengaku sudah memindahkan lima orang ke Syurga yang selama ini diseksa di neraka.
Samawiyah (30), warga Desa Angon-Angon, Kecamatan Arjasa, Pulau Kangean Kabupaten Sumenep, Madura, yang ditinggal suaminya bekerja di Malaysia dan belum dikarunia anak ini, sudah satu tahun menyebarkan ajaran aneh ini.
Ketika ini Samawiyah mempunyai 18 hingga 25 pengikut yang sangat tunduk dan patuh terhadapnya. Awal mulanya, sebahagian besar merupakan ahli keluarga terdekatnya. Dari situlah, ajaran Samawiyah menyebar ke jiran tetangga.
Ajaran Samawiyah sudah tergolong aliran sesat. Kerana itu, polis lalu menahan dan memeriksa Samawiyah di Markas Kepolisian Sektor tempatan. ” kata Kapolsek Arjasa, Iptu Turmudzi, ketika dihubungi melalui telefon bimbitnya, Isnin 22 Februari 2010.

0 comments:

Post a Comment