Pages

Tuesday, April 27, 2010

rez Zion - Negara Kedua Yahudi

Percayakah saudara-saudari bahawa sebelum Yahudi ingin menjadikan Palestin sebagai negara Zion mereka, mereka pernah memilih Madagsacar sebagai negara Zion. Namun mereka batalkan hasrat mereka kerana mereka ingin merampas Masjid Al-Aqsa dahulu daripada Umat Islam. Ini kerana mereka ingin mencari peralatan sihir Harut-Marut untuk diberi kepada si gergasi Dajjal .


Tahukah saudara-saudari kenapa Madagascar pernah dipilih. Ini kerana pada sangkaan awal mereka, orang-orang Madagascar merupakan Lost Tribe (Walaupun sebelum itu mereka menyangka Red Indian merupakan Lost Tribe - namun pendita mereka sendiri telah membuat fatwa sesat terhadap Book of Mormon. Jadi Red Indian tidak disangka Lost Tribe - tetapi Madagascar).

Sebab apa Madagascar.

Sebab Madagascar mempunyai darah keturunan Manasseh. Jadi tempat Lost Tribe dari keturunan Manasseh ini yang merupakan tempat yang mereka percaya akan selamat daripada huru-hara Akhir Zaman sehingga Hari Kiamat. Tempat-tempat lain akan hancur dengan pelbagai sebab. Antaranya ialah perang nuklear, gempa bumi, tsunami, gunung berapi, binatang melata, asap radioaktif, Dajjal, Yakjuj-Makjuj, banjir, tanah runtuh, planet Nibiru, Dabbatul Ardh, dsb.....




Jadi mengikut kitab sesat mereka (macam kitab Maya juga), tempat Lost Tribe merupakan tempat yang akan selamat daripada huru-hara Akhir Zaman sehingga munculnya Sangkakala Israfil.

Jadi dalam 7 tahun yang lalu, Prof dari US bernama Ralph Olssen telah menjumpai secara saintifik tentang maksud di dalam kitab-kitab lama mereka. Maka Tanah Melayu telah dijadikan conclusion bagi tempat yang akan selamat daripada segala huru-hara di Akhir Zaman. Kerana Tanah Melayu merupakan pusat Lost Tribe dan pusat keturunan Manasseh.

Jadi disebabkan penemuan ini, maka rancangan sulit ala 13 Mei telah direncanakan bagi memasukkan segala penduduk yahudi ke dalam negara ini. Mungkin rancangan mereka halus. Kita tidak nampak. Yang pasti, matlamat akhir mereka ialah untuk mengambil Tanah Melayu secara halus .

Pemimpin Erez Zion sedang bersenda gurau. Mereka ini hanya dikudakan sahaja oleh pengidam-pengidam Erez Zion. 



Dalam bahasa Yahudi keparat, Tanah Melayu digelar Erez Zion. Erez Zion merupakan idaman yahudi illuminati pada waktu ini.

APCO




Sekarang ramai yang bercerita tentang APCO. Namun apakah misi rahsia APCO ???


Setelah saya siasat, rupa-rupanya APCO merupakan alat MOSSAD untuk mencari senarai identiti Kor Risik Diraja ATM. Sebab apa mereka mahu senarai ini. Ini adalah kerana di dalam ranking rahsia MOSSAD, di kalangan Umat Islam, Kor Risik ATM berkedudukan no 1 dunia dalam menjadi ancaman kepada gerakan subversif yahudi illuminati. Manakala bagi Omputeh pula, PRINCE merupakan ancaman mereka terhebat. Tony Blair dan Barack Obama merupakan anggota rahsia PRINCE .

Pemimpin dan Pegawai yang bertaraf dayus. Musuh depan mata pun boleh diberi tempat. 




Jadi untuk mengesahkan siasatan saya ini, saya minta anggota ATM pula menyiasat secara rahsia pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke MINDEF atau mana-mana tempat strategik ATM (secara sengaja atau tidak sengaja) bermula dari Ogos 2009 sehingga sekarang. Sekiranya ada, percayalah, mereka merupakan ejen MOSSAD.






Dipetik dari blog " Ini Yang Aku Rasa " :

Jika anda ingin tahu siapa gerangan APCO, agensi milik Zionis yang kini menjadi penasihat Najib itu, di bawah ini disertakan beberapa maklumat mengenainya yang saya kutip dari beberapa sumber:


 

i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.


 

ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi seperti di bawah:


 

Lembaga Pengarah

Margery Kraus
chair
founder & chief executive officer
APCO Worldwide

  

Ron Boschetto
director

Neal M. Cohen
chief executive officer
Americas
director
worldwide operations

David Greenberg
independent director

Neil Wiesenberg
director


 

Jawatankuasa Eksekutif


 

Margery Kraus
chair
founder & chief executive officer
APCO Worldwide

  

Neal M. Cohen
chief executive officer
Americas
director
worldwide operations

Larry E. Snoddon
vice chairman
APCO Worldwide
chief executive officer
Asia

Brad Staples
chief executive officer
EMEA

Robert Schooling
managing director
Washington, D.C.

Kirk Stewart
executive vice president

Philip Fraser
chief information officer

Mara Hedgecoth
vice president & director
global marketing & communication
assistant secretary
APCO Worldwide

Stacy Reyan
senior vice president
human resources

Judith S. Sapir
senior vice president
general counsel
secretary
APCO Worldwide

Denise Teeling
chief financial officer


 

iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.


 

iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London.



Paul Stadlen...muka Yahudi pekat


v) APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.


 

vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai RM20 juta antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.


 

vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.


 

viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.


 

ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.


 

x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.


~ pendikar gunung kriang

Monday, April 19, 2010

Nuklear dan malaysia




1. Dahulu terdapat satu persidangan cendekiawan Islam di Mesir yang berbincang mengenai masalah umat Islam yang tidak putus-putus dilanda musibah tetapi yakin akan kebangkitan satu bangsa dari Timur yang akan meletakkan agama itu ke satu tempat baharu dan dikagumi dunia.

2. Persoalannya siapakah bangsa itu yang memacu kembali umat Islam dan menjadi antara salah satu kuasa besar dunia.

3. Semua bangsa besar di dunia ini sudah pernah menjadi empayar selepas memeluk Islam tetapi yang belum pernah menjadi kuasa besar dunia ialah orang-orang Iran dan orang-orang Melayu dari rantau Asia Tenggara (Malaysia dan Indonesia).

4. Iran pernah menjadi kuasa besar dunia melalui Maharaja Darius tetapi ia berlaku sebelum zaman orang-orang Parsi memeluk Islam, orang Melayu pun pernah ada empayar tapi kecik je tidak sampai ke persada boleh menakluk Eropah atau India pun.

5. Dahulu saya pernah membaca buku karangan pengasas Al Arqam, Ustaz Al Shaari yang menyatakan Empayar Islam akan muncul dari Timur.

6. Tiga golongan akan memacu empayar ini, golongan pertama dari Iran, golongan kedua (saya tidak ingat) dan ketiga ialah kemungkinan orang-orang Melayu dari Malaysia.

7. Sejak dari itu saya sering mencari jawapan dan saya lihat pelbagai agenda jahat barat di kenakan ke atas Iran dan golongan ketiga ini (orang Melayu).

8. Adakah musuh-musuh Islam ini mengetahui kebangkitan bangsa-bangsa ini?

9. Berbalik kepada persidangan di Mesir tadi, para cendekiawan yang bijak pandai ini terus mencari golongan yang akan mewujudkan empayar Islam yang terakhir ini.

10.Orang-orang Arab di Afrika dan Timur Tengah tidak mungkin muncul kembali sebagai salah satu kuasa besar dunia kerana mereka sudah diberi peluang melalui Empayar Uthamaniah, Abbasiah dan kerajaan Islam di Andalusia malah telah menewaskan kuasa barat termasuk Rom.

11.Orang-orang Cina sudah diberi meluang menjadi kuasa besar semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming dan kapal-kapal perang Laksamana Cheng Ho sudah pun menjelajah dunia dan nama ini terpahat sehingga sekarang.

12.Umat Islam di India (Pakistan dan Bangladesh dahulu masuk dalam negara ini) turut telah diberi peluang melalui Empayar Mogul dan terbinalah monumen Islam yang hebat di sana seperti Taj Mahal.

13.Turki melalui Empayar Ottoman terus memacu kekuatan umat Islam dan berjaya menangkis serangan tentera bersekutu dalam peperangan di Gallipoli pada 1918, serentak dengan itu ia juga menandakan pengakhiran Turki sebagai kuasa besar dunia.

14.Jika ditakdirkan mucul kuasa besar dunia dari negara Islam, sesuai dengan senario zaman ini, ia mestilah bersandarkan pada nuklear seperti Amerika Syarikat, Britain, Russia, China, mereka semua menjadi kuasa besar kerana didokong dengan ekonomi, teknologi serta kemajuan nuklear.

15.Memang benar, Pakistan merupakan salah satu kuasa nuklear tetapi ia tidak mungkin menjadi pemimpin kepada kebangkitan Islam melihat pada keadaan politiknya yang tidak stabil dan ekonomi yang masih ketinggalan sehingga mudah diperkotak katik oleh Amerika Syarikat.

16.Cuma umat Melayu sahaja yang belum pernah muncul sebagai kuasa besar dunia selepas Islam menjengok rantau sebelah ini, dan teori saya, kuasa besar pada dekad ini biasanya memegang kuasa nuklear.

17.OK kita hentikan sementara teori di atas.

URANIUM DI KENYIR

18.Tidak lama dahulu sebelum Hospital Angkatan Tentera di Seksyen 2 Wangsa Maju dibuka, seorang sahabat saya telah diberitahu oleh seorang wakil rakyat di Terengganu bahawa terdapat simpanan uranium yang terbesar di Tasik Kenyir atau di kawasan Banjaran Titiwangsa.

19.Saya tidak ingat lokasi yang tepat tetapi saya difahamkan ia memang berada dalam dasar tasik dan menarik minat saintis-saintis Barat untuk menyeludup masuk ke kawasan itu bagi mengambil sample tanah.

20.Saya tidak pasti akan kebenaran maklumat ini tetapi memang banyak aktiviti ketenteraan di situ terutama yang merangkumi kawasan stesyen janakuasa Sultan Mahmud.

21.Pasukan komando elit PASKAL juga dilaporkan hadir di kawasan itu dan aktiviti mereka termasuklah membuat selaman 24 jam di dasar Tasik Kenyir untuk memastikan rahsia negara terjaga, ini bagaimanapun tidak dapat disahkan atau khayalan orang semata-mata.

22.Kalau tidak silap saya, reaktor nuklear pertama Malaysia akan dibina pada tahun 2025 tetapi jarang dihebohkan sedangkan Indonesia, Filiphina dan Thailand tidak pernah menyembunyikan program nuklear mereka. Lokasi loji nuklear negara yang pertama ini sudah dikenalpasti tetapi kedudukannya tidak pernah didedahkan umum.

BUKTI DAN LOKASI

23.Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada tahun 2007 dahulu pernah mendedahkan mengenai pembinaan loji nuklear pertama Malaysia tetapi beliau memberitahu, lokasinya rahsia atas sebab-sebab keselamatan.

24. Kebanyakkan reaktor nuklear dunia terletak berhampiran tasik, empangan atau sungai kerana sejumlah air yang banyak perlu untuk sistem penyejukan dan penjanaan tenaga.

25.Jika demikian apakah mungkin sebenarnya loji nuklear pertama Malaysia akan terletak di kawasan Tasik Kenyir.

26.Difahamkan kawasan itu mengandungi kandungan uranium yang paling besar di dunia, bahan yang amat diperlukan untuk menjadi bahanapi nuklear.

27.Daripada apa yang difahamkan, anggota Paskal melakukan selaman dan rondaan selama 24 jam di dalam dasar tasik itu (entah betul atau tidak, saya pun tidak tahu kerana gagal mengesahkan maklumat ini).

28.Kata wakil rakyat itu kepada sahabat saya, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad amat mengetahui kelebihan ini tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan perkara itu.

29.Dalam diam, para pemimpin negara ini mengambil pendekatan senyap untuk mendapatkan teknologi pembuatan nuklear (untuk janakuasa dan bukan senjata) dari negara-negara luar dan pada masa yang sama terus mengekalkan "status quo" Malaysia sebagai sebuah negara membangun.

30.Identiti Malaysia sebagai sebuah negara membangun ini membolehkan negara mendapat perpindahan teknologi secara murah, percuma atau usaha sama, al maklumlah nama pun negara membangun nanti jika diletakkan sebagai negara maju, semua perpindahan teknologi harus dibeli dengan harga yang sangat mahal, yelah negara maju kan kaya.

31.Jangan ketawakan saya, saya sendiri tidak pasti cerita ini benar atau tidak tetapi pesawat jet yang membawa Mahathir dalam satu lawatan ke luar negara tidak lama dahulu pernah bertukar arah secara rahsia ke Pakistan.

32.Pengalihan pesawat jet eksekutif itu tidak pernah diketahui umum dan perkara ini disahkan oleh seorang bekas agen perisik Pakistan kepada saya sendiri pada sekitar tahun 1998 dalam satu pameran senjata di Mines, Kuala Lumpur.

33. Menurut bekas agen perisik yang pada masa itu menjadi orang hubungan perdagangan senjata Malaysia-Pakistan, Mahathir dijemput secara rahsia oleh kerajaan Pakistan untuk menyaksikan ujian bom nuklear pertama negara Islam itu.

34.Mahathir menjadi satu-satu pemimpin Islam yang menyaksikan ujian bom nuklear Pakistan yang dibuat dalam Wilayah Balochistan, Utara Pakistan. 

35.Pada tahun 2001, saya telah pergi ke wilayah Balochistan tetapi bukan untuk menyaksikan ujian nuklear, sebaliknya melihat kesan-kesan ujian iaitu kemarau yang berpanjangan dan keadaan tanah yang tidak subur menyebabkan tanaman tidak menjadi.

36.Jangan salah faham, saya pergi ke wilayah itu bukan sebagai saintis atau geologist sebaliknya saya terbabit dalam peperangan di antara Amerika Syarikat dan Taliban (saya bukan askar upahan, saya datang sebagai pelancong), saya tinggal tanpa kebenaran pihak berkuasa di Chaman dan Quetta sebelum perisik Pakistan mengesan kedudukan saya dan dua lagi rakan seperjuangan (Next time saya bukak cerita ini).

37.Wilayah Balochistan dipilih memandangkan ia merupakan wilayah yang paling besar dalam Pakistan, kurang membangun dan mempunyai penduduk yang sangat sedikit iaitu lebih kurang 6 juta orang sahaja.

38.Ujian letupan nuklear pertama itu dibuat pada Mei, 1998 dan menyebabkan dunia terutama seteru Pakistan iaitu India, terkejut besar kerana teknologi nuklear Pakistan jauh lebih maju dari India yang sebelum itu mendabik dada dengan keupayaan senjata nuklearnya.

DIBAWAH INI MERUPAKAN STATEMENT BODOH ORANG PUTEH TERHADAP UJIAN NUKLEAR PAKISTAN YANG SAYA PETIK DARI SATU LAMAN NGO BARAT

"Whereas all nuclear weapons are equally condemnable, but Pakistan's weapons of mass destruction is even more dangerous as it is religion-specific. As part of its state ideology, Pakistan considers people from other religions as its enemies and has made clear it will not desist from being the first to use nuclear weapons."

"Whereas Pakistan has rapaciously used Baluch resources for the last 60 years and in stead of giving Baluchistan its due share, killed and maimed tens of thousands of Baluch tribesmen and left their lands contaminated by nuclear radiation in the 1998 nuclear tests. No independent study has been conducted to see the disastrous consequences of Pakistan's use of Baluch territories to test its so-called Islamic bomb".

39.Saya sendiri tidak pasti sejauh mana Pakistan terlibat dengan penyaluran teknologi nuklearnya kepada negara Islam yang lain bagaimanapun beberapa tahun kemudian, saintis-saintis Pakistan ditangkap oleh kerajaan mereka kerana menjual maklumat sulit berkenaan teknologi nuklear kepada negara Islam lain antaranya Iran, Libya serta Korea Utara (Ini kes benci Amerika Syarikat dan Israel ni, pasal tu Korea Utara pun nama naik).

40.Difahamkan saintis terulung Dr AQ Khan antara yang terlibat dan urusniaga ini dibantu oleh ahli-ahli perniagaan dari Sri Lanka tetapi adakah mungkin Malaysia merupakan salah satu negara yang berjaya mendapat teknologi ini?

41.Secara kebetulan pulak, beberapa tahun selepas kroni saintis Dr AQ Khan ditangkap kerana menjual rahsia nuklear Pakistan ke Libya dan Iran, tup tup pada tahun 2008, sebuah syarikat iaitu Scomi Precision Engineering Sdn Bhd (Scope) dari Malaysia kena senarai hitam kerana menjual komponen nuklear ke luar negara iaitu Libya (antara pelanggan yang mendapat manfaat dari penjualan rahsia nuklear Pakistan)

42.Sekali lagi, ahli perniagaan Sri Lanka yang juga penduduk tetap Malaysia dikaitkan dalam skandal ini dan beliau ialah Buhary Seyed Abu (B.S.A.) Tahir dan dikenakan tahanan dalam rumah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

43.Aneh, apa muslihat barat mengaitkan Malaysia dengan penjualan nuklear dan bertambah aneh tetapi kagum kerana pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia ini membuat pelbagai putar belit atau "political manuevering" untuk mengelakkan Malaysia diberi tekanan sekaligus menyelamatkan negara dari bencana yang tak putus-putus diwujudkan oleh Barat.

44.Ok berbalik pada cerita Paskal tadi, saya diberitahu oleh sahabat saya yang beliau akhirnya berpeluang bertemu dengan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib ketika merasmikan bilik hyperbaric chamber di Hospital Angkatan Tentera, Wangsa Maju.

45.Sahabat saya cuma perlukan satu maklumat penting untuk mengaitkan perkataan-perkataan Uranium, Paskal dan Kenyir. Jadi beliau cuma menanyakan satu soalan sahaja.

46."Hyperbaric Chamber ini untuk penyelam Paskal kita di Terengganu (kedudukan Tasik Kenyir adalah dalam negeri Terengganu) ke, Datuk?" tanya beliau.

47.Najib jawab "Ya" dan perkataan ya inilah yang akan mengesahkan kebenaran cerita dari wakil rakyat Terengganu pada permulaan artikel ini tadi dan menyebabkan tugas saya sebagai agen X files bermula.

48.Alat Hyperbaric Chamber ini diguna khusus untuk penyelam bagi menstabilkan kandungan nitrogen dalam darah akibat menyelam terlalu lama.

49.Lebih kurang setahun selepas pertanyaan hikmah itu ditanyai, saya menghubungi pihak Malaysian Institute For Nuclear Technology Research atau MINT di laluan ke Dengkil (Bangi) untuk mendapatkan kebenaran masuk ke kawasan yang paling ketat kawalannya dan selalu menjadi mitos khabar-khabar angin orang sekeliling.

50.Saya masuk hanya untuk satu kajian, iaitu semata-mata untuk mengetahui apa benar negara ini mempunyai kandungan uranium yang terbesar di dunia, jika benar, Alhamdullilah, comfirmlah orang Melayu akan bangkit menjadi kuasa besar dunia nanti (Sekarang tak mungkin pasal Barat berjaya memecahkan mereka menjadi kumpulan kecil dari UMNO ke PAS, skrg PKR tapi takpe, kumpulan ini wujud untuk menentang ketidakadilan, mudah-mudahan mereka menang dan berjaya mendapat hak yang dituntut...Saya malas nak berjuang, bagi saya semua dah cukup dan saya rasa bersyukur, nak pi masjid tidak ada sekatan dan nak buat duit pakai MLM atau jual burger takde yang kacau (tak macam kat Singapore, kena buang kerja terus bunuh diri pasal takde peluang cari makan) tapi saya harap kerajaan akan menurunkan harga rokok lagi, pleaseee..pleaseee).

51.Pagi-pagi lagi saya dah start kunci kereta Kembara untuk masuk ke MINT, selepas menukar pas keselamatan, saya diiringi oleh seorang pegawai polis untuk masuk ke bangunan pentadbiran.

52.Saya tidak nampak sebarang unsur-unsur luar biasa kerana persekitaran institut sungguh cantik dengan landskap pokok dan bunga, saya tidak nampak bangunan yang menempatkan reaktor nuklear tetapi mungkin memang susah nak nampak pasal kawasan MINT ini sebenarnya besar.

53.Saya difahamkan MINT mempunyai satu mini reaktor nuklear yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan ia disimpan jauh beberapa meter ke dalam tanah di satu bangunan yang lain.

54.Saya akhirnya bertemu dengan Director General Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) iaitu Dr Daud Mohammad.

55.Semasa ini, beliau belum lagi mendapat pangkat datuk dan MINT belum lagi ditukar nama kepada Agensi Nuklear Malaysia (penukaran nama dibuat antara tahun 2006-2007)

56.Tidak banyak maklumat yang saya perolehi dari Dr Daud kecuali mengenai pembangunan nuklear Malaysia.

58.Beliau bagaimanapun mengaku bahawa negara ini mempunyai pengetahuan dalam pembinaan tenaga nuklear oleh para saintis Malaysia yang kini ditempatkan dalam Tenaga Nasional Berhad.

59.Akhirnya, soalan cepumas saya adalah berdasarkan kepada dakwaan bahawa Tasik Kenyir mempunyai kandungan simpanan deposit uranium terbesar dalam dunia.

60.Beliau akhirnya menghampakan perasaan saya, Dr Daud menafikan dakwaan itu sebaliknya memberitahu, Malaysia tidak mempunyai banyak deposit uranium yang boleh dilombong kerana kandungan mineral itu terletak bersepah-sepah dalam negara ini.

61.Sebelum beredar, beliau menghadiahkan saya sebuah buku yang ditulisnya sendiri malah turut menanda tangani buku itu, ia berjudul "TEKNOLOGI NUKLEAR-Guna Membinanya".

62.Saya sampai sekarang gagal menghabiskan buku itu kerana masalah penggunaan bahasa saintifik dan jargon-jargon saintifik yang susah hendak difaham.

63.Apa pun, saya pasti...rahsia sebenar tetap ada.

Posted by shahpaskal 

Saturday, April 17, 2010

Kerajaan Malaysia Agent Israel

Kerajaan Malaysia Agent Israel

1. [ Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .

2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO [ Association of Public-Safety Communications Official ] Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .

3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.

4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain [ sementara negara - negara Islam tersebut masih berdialog dalam pendekatan mereka mencari penyelesaian isu nuklear Iran] apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .

5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .

[ sedang Iran masih patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ]

6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China [ yang menetang tindakan Amerika ke atas Iran termasuk Ahli majlis Keselamatan PBB yang lain seperti Brazil dan Lubnan dijangka mengambil sikap yang serupa ] apabila [ Malaysia ] secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .

7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .

8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa [ APCO Worldwide ] , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah

Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]
Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan
Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ] .

9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .

10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .

11 Fatwa Yahudi Orthodoks

October 20, 2008 · 10 Comments

oleh Ibnuyaacob


 

Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.

Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV

Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.

Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.

Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.

Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi

Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.

Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.

Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.

Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.

Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.

Kempen ini bermula pada Julai 1990.

Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan

Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.


 

Lelaki
- wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan

  
 

Perempuan
- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil 'anak tudung'.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.

Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.

Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat

Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.

Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.

Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.

(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)

Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera

Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.

Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai

Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.

Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.

Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.

Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera

Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.

Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.

Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.

Bagi merealisasikan 'fatwa' mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.

Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang "sexual contents" yang mudah dicapai di talian internet.

Akhirnya sebuah telefon yang digelar "Kosher Phone" dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.

Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player

Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.

Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.

Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka.

Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka

Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.

Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.

Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel


 

Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.

Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian

Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.

Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.

Kertas kerja beliau yang bertajuk "The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path", menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.

Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.

Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.

Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.

Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.

Kesimpulan

Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.

Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap.

Wallahu'alam…

Thursday, April 15, 2010

Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?

Dilulus terbit pada Thursday, October 02 @ 07:28:40 MYT oleh greenboc
Oleh zublizainordin

"
Pertukaran ini dilihat sebagai satu misteri. Disusuli dengan pelbagai tanda tanya. Kenapakah pertukaran ini dilakukan?

Bahawa pada 17 September 2008 yang lalu,Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak saling bertukar portfolio dan kementerian, serta membabitkan pertukaran tanggungjawab dan bidang kuasa, yakni Abdullah Ahmad Badawi, sebagai Menteri Kewangan bertukar menjadi Menteri Pertahanan, dan Mohd Najib Abdul Razak, sebagai Menteri Pertahanan bertukar menjadi Menteri Kewangan.

Ya, sememangnya telah ada satu sidang akhbar mengenai pertukaran ini. Setelah mendengar penjelasannya di sidang akhbar tersebut, maka ramai Rakyat Malaysia menerima hakikatnya.

Namun, hakikat yang diterima itu, boleh berubah apabila timbul pula maklumat baru, yang menjurus balik kepada misteri pertukaran ini tadi. Semacam demi masa, terungkai sedikit misteri ini, dan Rakyat Malaysia kembali pula kepada rasa ingin tahu dengan lebih lanjut, apa disebalik pertukaran ini?

Sukar sebenarnya untuk membaca niat dan motif pertukaran ini, di antara apa yang tertasdiq di hati, dengan apa yang ditutur di bibir.

Namun, dengan sabar, dan terus meneliti, tindak-tanduk Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, mudah dibaca, dengan menyaksikan apakah yang paling masing-masing utamakan setelah pertukaran kementerian berlaku.

Khususnya tindak-tanduk yang berkaitan dengan kuasa politik dan manfaat kewangan. Jika pun bukan secara langsung, tuan empunya diri, mungkinkah ada pembabitan secara tidak langsung, individu dan pihak lain yang bersangkutan.

Penelitian dan pendedahan, penyiasatan dan pembongkaran, boleh dilakukan oleh beberapa individu termasuklah juga seperti ahli politik Saifudin Nasution.

Contohnya di sini:

http://www.tranungk ite.net/v7/ modules.php? name=Video_ Stream&page=watch&id=224

dan

http://www.youtube. com/watch? v=XZdTU0y5crc

Tentunya beberapa individu lagi, termasuk forumer di TranungKite OnLine umpamanya, akan menjolok soalan menyengat dan lain-lain pembahas berkongsi maklumat dan mengeluarkan fakta dari pengetahuan masing-masing.

Fakta akan lebih bermakna bila ada individu, pasukan, atau pihak di kementarian berkenaan pula yang menyalurkan maklumat perihal Menteri terdahulu. Jika bukan dari kementerian terdahulu, maka fakta boleh juga datang dari sumber lain yang berwibawa dan ada juga yang tidak berwibawa. Tapisan molek dilakukan, demi menyaring maklumat untuk mendapatkan natijah kebenaran.

Sebagai lanjutan, perhatikan:

01.

Apabila pertukaran telah pun dilangsungkan, Abdullah Ahmad Badawi mula mengumumkan persetujuan kementerian ini, untuk mendapatkan helikopter dari pembuat, European Helicopter, untuk menggantikan Nuri.

Bacaan lanjut di sini:

http://www.yourdefe ncenews.com/ news_item. php?newsID= 11812


02.

Apabila pertukaran telah pun dilangsungkan, Mohd Najib Abdul Razak pula, di antara lain, menyentuh perihal perjanjian di antara Maybank, yang perlu diteruskan semula, dengan Temasek Holdings, untuk pemilikan PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII).

Bacaan lanjut di sini:

http://biz.thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2008/ 10/1/business/ 20081001215623&sec=business

Daripada dua pengumuman awal tersebut, setelah berlakunya pertukaran kementerian di antara Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak, jelas bahawa, pengumuman ini hanyalah berkaitan dengan rutin kerja semasa.

Namun, disebabkan pengumuman itulah terpancul pula maklumat dari individu, pasukan, atau pihak tertentu yang mengetahui lapisan kisahnya yang tidak jelas pada pengetahuan umum.

Pendedahan awal telah pun bermula di blog Kickdefella. Bacaan lanjut di sini:

http://kickdefella. wordpress. com/

Sebagaimana yang kita boleh terima, seringkali di peringkat menteri kabinet, tiada kedapatan bukti perlakuan di luar bidang kuasa. Sehingga diterjah pembangkang pun, dan dalam Parlimen pun, tiada juga terbukti.

Namun demikian, kerencaman mendapatkan bukti masih boleh diperolahi, jika sesuatu amalan lazim, tetapi menguntungkan ahli keluarga, rakan akrab di luar kementerian, atau pun pihak yang seringkali disebut kroni, atau seumpamanya, yang mendatangkan gambaran pelek ke arah penyalahgunaan kuasa dan pembabitan meraih keuntungan secara tidak langsung.

Sebagai Rakyat Malaysia, apa yang kita inginkan ialah yang hak akan timbul, dan yang bathil pasti tenggelam.

Selain itu, setiap menteri kabinet tidak perlu gusar dan gentar, apabila tindakannya adalah menepati kebenaran, berdasarkan prosedur yang dipatuhi dengan semoleknya.



Rujukan:

http://atotalblog. wordpress. com/2008/ 10/02/pak- lah-and-najib- after-job- swaps-now- eurocopter- to-replace- nuri/

http://satublogtota l.blogspot. com/2008/ 10/siapakah- yang-mencari- bala-adakah- yang.html" 




Jin Dari Sudut Pandang Ilmiah

 
 

Jin Dari Sudut Pandang Ilmiah

(The Jinn from a Scientific(?) Viewpoint)

Oleh: Chris Line FSR

Consultant Flying Saucer Review
Vol.33, No.3 September Quarter, 1988


Tulisan ini dimuat berdasarkan hasil sebuah diskusi mengenai wujud alami dari sosok Jin, serta kegiatan penampakkan mereka dalam bentuk UFO dan bentuk-bentuk medium lainnya.

Berikut adalah asumsi dalam sudut pandang yang menekankan bahwa Jin  merupakan makhluk  hidup yang mendiami sebuah tempat yang pararel dengan manusia, akan tetapi karena eksistensi mereka berada pada angka getaran yang berbeda, maka mereka tidak secara normal nampak kepada kita atau dapat dideteksi oleh kita.

Meskipun mereka tidak nampak, namun ketika terjadi penampakkan seperti UFO atau kejadian-kejadian medium lainnya, mereka seringkali merubah dirinya dalam bentuk sebuah energi yang dapat kita ukur - dan inilah apa yang disebut dengan istilah elektromagnetik spektrum.

Tulisan ini akan membahas hal-hal yang berkaitan dengan (1): akibat-akibat yang dapat diobservasi yang berhubungan dengan penampakkan UFO serta dengan kejadian-kejadian psikis; (2) tradisi kearifan "ilmu klenik atau perdukunan"; dan (3) ilmu pengetahuan kontemporer.

Kami memulai pembahasan masalah ini dengan tradisi Islam, khususnya menggunakan Al-Qur'an yang di dalamnya mengandung beberapa informasi mengenai sifat-sifat metafisik, bagian yang menjelaskan Jin.  Bahan-bahan kajian ini merupakan ringkasan tulisan  Gordon Creighton yang berjudul "A Brief Account of the True Nature of the UFO Entities", pertamakali diterbitkan dalam FSR 29/1 (Oktober 1983) dan dicetak ulang dalam FSR 33/3 (September 1988).

Jin dan sinar infra-merah

Dalam tulisan tersebut, Jin dilukiskan berwujud sebagai ""unsur api".1 atau "api yang menyala-nyala tidak berasap" 2, atau "api yang sangat panas tanpa asap".

Dalam tulisan yang sama Editor melukiskan MALAIKAT (menurut al-Qur'an) berbentuk cahaya3.  Karena mereka pada umumnya tidak nampak kepada kita, dan juga untuk alasan-alsan yang akan Saya sampaikan kemudian, Saya menyatakan bahwa badan Malaikat berupa energi yang tidak nampak yang merupakan kebalikan dari dasar spektrum, yaitu ultra-violet.

Sebelum Saya terlibat ke dalam teknis diskusi, Saya ingin menunjukkan kepada Anda bahwa masih ada buku Islam yang terkenal yang juga secara ekstensif membahas tetangga kita yang tidak kelihatan ini.  Orang akan menyebutnya buku tersebut sebagai buku panduan manusia untuk berinteraksi dengan Jin.  Dan judul buku tersebut adalah "SERIBU SATU MALAM,4 atau ARABIAN NIGHTS"

Mengapa UFO Menampakkan Diri Secara Besar-besaran Pada Tahun 1947?

Salah satu masalah yang paling gencar ditanyakan dalam bidang UFO adalah: "Mengapa UFO mulai menampakkan diri dalam jumlah besar sekitar tahun 1947 dan sesudahnya?"

Meskipun tidak diragukan banyak UFO yang terlihat sebelum tahun 1947, namun nampaknya sesuatu telah memprovokasi peningkatan aktivitas mereka, meningkatnya penampakkan mereka pada waktu itu.

Baiklah, sekarang sebuah jawaban menarik atas masalah yang dipertanyakan yang jawabannya sudah disajikan oleh teman kita dari Selandia Baru, Trevor James Constable di dalam bukunya yang kedua berjudul,  "The Cosmic Pulse of Life", dimana ia menyatakan bahwa UFO mulai menampakkan dirinya dalam jumlah yang banyak ketika manusia mulai menggunakan Radar.  Atau - UFO mulai menampakkan dirinya sekitar waktu itu ketika manusia mulai memenuhi atmosfir Bumi dengan radiasi microwave5

Sejak penggunaan Radar menjadi sesuatu hal yang biasa di seluruh dunia segera setelah berakhirnya Perang Dunia II, waktunya bersamaan, dan jika kita perhatikan mengenai sifat-sifat Radar - mengingat bahwa Jin memiliki badan halus berupa sinar infra-merah - kemudian tentu saja merupakan alasan yang tepat bagi mereka untuk menjadi prihatin.

Radiasi Microwave berada di bawah infra-merah dalam spektrum elektromagnetik (yaitu di atas gelombang Radio) -  namun ketika kita mengarahkan microwave  kedalam atmosfir Bumi mungkin hal tu sangat mengacaukan atau mengganggu badan halus Jin termasuk media dimana mereka hidup serta tempat tinggal mereka.


Bagaimana Jin Menampakkan Diri

Dalam litelatur Islam dinyatakan bahwa Jin diberi kemampuan oleh Allah Azza wa Jalla untuk menampakkan diri atau menghilang.  Hal ini menyiratkan tiga hal: - (1) Mereka mengendalikan materi yang kita anggap sebagai "realitas keseharian"; (2) Mereka mengendalikan terhadap aspek-aspek tertentu dari  jiwa kepunyaan kita, dan dapat menciptakan di dalam diri kita pengalaman materi yang subyektif; (3) Mereka dapat menciptakan ilusi dari sifat-sifat eksternal dan sangat realistis seperti kita menciptakan hologram.  Adalah mungkin bahwa sugesti terakhir ini termasuk yang pertama.

Alasan untuk hal ini sebagai berikut:

Sebuah Cetak Biru Untuk Semua Materi?

Berbagai peneliti terdepan dari fisika nuklir (yaitu Paul Davis) dan juga dalam bidang medis (yaitu Harry Oldfield)6 berspekulasi bahwa di sana terdapat sejenis cetak biru untuk jasmanai ruhani dan jasmani materi - hal ini mungkin sebuah elektro-magnetik dalam bentuk pola-pola geometris dari molekul-molekul atau atom-atom atau hologram yang memerintahkan kepada atom molekul apa yang harus dilakukan dan kemana mereka harus pergi.

Alasan untuk jenis spekulasi ini adalah bahwa ilmu pengetahuan dewasa ini dalam sistem kontrol alamiah tidak dapat menjelaskan tingkat spesialisasinya yang banyak memperlihatkan atom/molekul/sel.

Misteri "Tabrakan Piring Terbang"

Andaikata Jin mampu membangun dan merusak cetak biru elektronik, dan andaikata lebih jauh lagi bahwa segera setelah disediakan sebuah cetak biru maka mereka akan menarik dari lingkungan kita, mineral-mineral yang diperlukan, gas dlsb, dalam rangka membuat bentuk fisik yang sesuai.

Hal ini akan memberikan sebuah penjelasan untuk realitas fisik mengenai tabrakan piring terbang, yang sementara ini masih mepertimbangkannya bahwa mereka sebenarnya berasal dari ether.

Jin Dapat Hidup Dalam Dua Alam?

Dalam menetapkan perilaku yang cerdas kepada Jin, haruslah diterima bahwa mereka sedikitnya mempunyai dua buah fungsi penampakkan - yaitu (1) badan berupa energi elektromagnetik, dan (2) ruh dari jenis energi yang halus.  Hal ini mungkin yang disebut dengan "etheric", atau mungkin "astral' dalam Tradisi Okult Barat.  Alasan mengapa Saya tidak yakin mengenai istilah ini karena istilah "etheric" sebagaimana digunakan, merupakan sebuah istilah tradisional, deskripsi empiris di dalam lingkungan elektromagnetik yang mengelilingi kita.  Namun demikian kejiwaan Jin lebih sesuai disebut dengan "Setingkat Astral"

Disini Saya berpikir adalah perlu untuk menjernihkan kesalah-pahaman yang seringkali terjadi sehubungan dengan istilah "Ether" atau "Etheric".

Alam Ether

Di dalam Tradisi Okult Barat, "Etheric" digambarkan sebagai bagian yang paling dalam dari sebuah rangkaian "pembalut" disekeliling Bumi, menembus jauh ke kedalaman Planet, dan mencapai kepada ketinggian tertentu di dalam Atmosfir.  Lebih tinggi di atas Atmosfir adalah "Astral";7) di atasnya lagi adalah "Mental"8) - dan seterusnya, tergantung kepada terminologi mana yang Anda ingin gunakan.

Dalam batas tertentu satu tingkat yang tak nampak harus lebih ekspansif - itu sesungguhnya adalah antarplanet. (Mungkin inilah yang disebut dengan Tingkat "Spiritual" atau "Casual")

Penggunaan kata "Ether" lainnya yang bertentangan dengan penggunaan dalam metoda okult, menggunakannya dalam rangka menjelaskan medium interplanet.9).  Penterapan ini pernah dilakukan sampai akhir abad ke-19 oleh para ahli perbintangan dan filosof, akan tetapi sebagaimana telah Saya jelaskan di atas, medium "antarplanet" dalam istilah okult mungkin disebut dengan Tingkat  "Casual" atau "Spiritual".

Trevor Constable's "They Live in the Sky"

Oleh karena itu dapat timbul masalah, seperti dalam buku pertama Trevor J. Constable10 berjudul "They Live in the Sky"11 dimana (kelihatannya berguna) melakukan kontak dengan entitas dimana mereka menjelaskannya sendiri sebagai "makhluk dari interplanet Etheric" Kemudian di dalam buku yang sama, mereka bertanggungjawab dalam menjaga Mr. Constable dari serangan yang dilakukan oleh entitas yang tak nampak yang tingkatannya lebih rendah, Saya menyebutnya "Etheric", menggunakan istilah okult yang menunjuk kepada "band-pembalut" yang tidak kelihatan yang paling dekat kepada Bumi.

Oleh karena itu perlu dicatat bahwa setiap referensi di dalam tulisan ini berpegang kepada istilah yang dipakai dalam Tradisi Okult Barat.

Setelah menyajikan pokok-pokok pemikiran mengenai sifat alami Jin, Saya sekarang  akan memasukkan beberapa contoh yang membenarkan dari bidang Penelitian Psychical (Kemampuan mengolah mental yang luar biasa)

Perubahan Temperatur dan Penomena Medium

Di dalam kejadian "pengalaman Hantu" yang khas adalah perubahan dalam temperatur yang seringkali terjadi disekelilingnya, atau mendahului penampakkan Hantu.

Sepanjang pengetahuan Saya, pengalaman kepanasan adalah secara langsung berkaitan dengan berkumpulnya sejumlah sinar Infra-merah, kemudian jika seorang Hantu diciptakan dengan memusatkan atau merubah dengan cara melokalisir elektro-magnetik energi, seseorang akan mengira terjadi penurunan tingkat sinar Infra-merah  di sana (dan mungkin saja frekuensi lain) di sekitar Hantu -  karena hal itu terjadi penurunan temperatur?

Matthew Manning

Matthew Manning12 seorang medium orang Inggris, menjelaskan di dalam bukunya ""The Link"13bagaimana sewaktu ia tidur di asrama boarding school terjadi aktifitas "poltergeist - roh jahat".  Dalam kejadian tersebut sebuah lingkaran besar berwarna merah muncul di dinding, kemudian menjadi sangat panas.  Hal ini - ternyata merupakan cara untuk menarik perhatian yang digunakan oleh arwah gentayangan seorang gadis yang meninggal lima puluh tahun lalu sebagai akibat kejadian tragis.

Kesimpulannya jelas bahwa lingkaran merah yang menjadi panas (sangat panas,  orang kuatir terjadi kebakaran) merupakan sebuah konsentrasi dari sinar Infra-merah.

"Fotografi Medium"

Pada masa lalu banyak foto-foto yang mengabadikan medium dan paranormal.  Banyak diantaranya palsu.   Namun ada sebagian yang dapat dibuktikan keasliannya.  Dalam bukunya yang berjudul  "Beyond the Spectrum",14 Cyril Permutt  melakukan survei terhadap foto-foto tersebut dan ia menjelaskan teknik yang diperlukan untuk mengamankan foto-foto medium paranormal jenis ini.  Ia menemukan bahwa hasil terbaik yang aman adalah dengan menggunakan sinar Infra-merah, dan hal ini lagi-lagi nampaknya menegaskan sebuah teori yang akan Saya kemukakan dalam paragraf berikut.

Atmosfir Bumi

Mengikuti ide bahwa terdapat berbagai jenis Kehidupan di dunia yang tak nampak disekitar Bumi, dan juga mengikuti pemikiran bahwa mereka mungkin terhubungkan dengan energi elekromaghnetik, Saya memulai untuk melakukan investigasi terhadap Atmosfir Bumi dan susunan praktisnya.

Menempatkannya dalam bentuk yang disederhanakan, nampaknya Radiasi Energi Tinggi (Sinar Kosmis dll) dari Matahari, menembus langsung ke dalam atmosfir Bumi dan diserap oleh Bumi yang dipancarkan kembali sebagai sinar Infra-merah, Radiasi yang menghasilkan kehangatan yang kita rasakan.  Sinar Infra-merah tetap tinggal di bagian bawah Atmosfir  awan dan Ionosphere (Lapisan Ozon) dari mana ia dipantulkan.

Makhluk "Sinar Infra-merah" dapat menghuni di kedalaman Bumi!

Gelombang rendah sinar Infra-merah menmebus ke kedalaman Bumi.  Konsekuensinya, bila makhluk berbadan halus dengan gelombang rendah sinar Infra-merah yang dapat hidup di kedalaman Bumi, kemudian menyebar ke seluruh bagian dan hal ini apa yang kita anggap sebagai materi benda padat.

Ionosphere - fungsi lainnya: ini merupakan pantulan dari Ultra-Violet yang datang dari Matahari dan karenanya mengurangi jumlah yang sampai kepada kita.  Oleh karena itu dapat dikatakan bahwa di atas Lapisan Ozon secara komparatif terdapat Ultra-Violet bermutu tinggi dan Infra-merah yang bermutu rendah, sementara di bawah Lapisan Ozon terdapat banyak Infra-merah, namun secara komparatif sedikit jumlah Ultra-Violet.

Malaikat Tinggal dalam Ultra-Violet

Jika kita mengambil penjelasan Islam bahwa  badan MALAIKAT15 terdiri dari cahaya, dan jika menganggap bahwa Malaikat berasal dari bahan yang ringan dan halus dari bagian spektrum (yaitu Ultra-Violet), maka kemudian kita punya sebuah penjelasan untuk pendapat tradisi kuno yang menyatakan bahwa Malaikat "tinggal di awan", yaitu di atas Lapisan Ozon, dimana berlaku Ultra-Violet.

Makhluk tingkat-rendah mendiami Infra-merah

Oleh karena itu mengapa Saya curiga, Cyril Permutt, pengarang buku "Beyond the Spectrum", lebih berhasil dengan fotografi infra-merahnya, sejak kita manusia tinggal di dalam Etheric yang didominasi oleh Infra-merah. Harus secara komparatif  bahwa jarang the "FORCES OF LIGHT" turun dan menolong dalam kehidupan kita. Dan tentu saja sebaliknya, kebanyakan "pengalaman-pengalaman Hantu" terjadi dalam kegelapan atau di tempat-tempat gelap, dimana "Forces of Light" (Ultra-Violet) jauh dari kita.

Dari sudut pandang "okult" sebagaimana diberikan di Barat juga dalam Tradisi Timur, mungkin batas tertinggi apa yang disebut dengan "Etheric Plane" adalah Lapisan Ozon (Ionosphere), yang di atas dan di bawahnya terdapat keberadaan "Astral".

Menurut tradisi bahwa makhluk yang tak nampak berasal dari wilayah yang berbeda di dalam Ether ( yaitu Dimensi Etheric) dapat dijelaskan melalui berbagai frekuensi Infra-merah: seperti Dimensi Etheric sekitar 1012 Hz, dan yang Etheric Lembut mendekati 1014Hz, yang nampaknya menyatakan secara tak langsung bahwa disana harus ada frekuensi tinggi yang sesuai melalui bagian bawah Atmosfir, frekuensi yang meningkat  di atas ketinggian permukaan Bumi.  (Apakah hal ini fakta atau bukan tetap harus diperhatikan).

Dalam hal ini Saya ingin membuat jelas permasalahannya, sedang hal itu mungkin energi elektro-magnetik adalah medium dari Etheric, dan hal itupun kemungkinannya pun sama bahwa eketromagnetisme berinteraksi dengan energi lembut yang tidak lain adalah medium Etheric yang sebenarnya, akan tetapi berinteraksinya dengan cara seperti itu menyerupai sebuah stain atau indikator, memperlihatkan bentuk daripada Etheric/Medium energi yang tak nampak.

Baron von Reichenbach

llmuwan Jerman Baron von Reichenbach16 menulis pada akhir abad lalu mengenai apa yang dia sebutnya sebagai "the Odic Force", nampak kepada orang yang sensitif, dan berasal dari setiap bagian sifat-sifat sebuah kristal, salah satu bagiannya OD POSITIVE (merah dan hangat), dan bagian lainnya menghasilkan OD NEGATIVE (biru muda dan sejuk).  Apakah kedua OD tersebut Infra-merah dan Ultra-Violet?

Trevor J. Constable17 menyatakan bahwa jika seseorang memandang melalui sebuah penapis merah pada siang hari biasa untuk beberapa lama dan kemudian melihat kepada makhluk hidup tanpa menggunakan filter, maka aura dari benda-benda tersebut menjadi nampak untuk jangka waktu yang pendek.  Mungkin informasi ini aslinya berasal dari DR. W.J. Kilner, seorang Inggris18 yang berkarya dalam awal abad ini pada bidang aura manusia dengan menggunakan filter magenta.  Sekarang, jika mata mengakomodasikan dengan cara yang sama sebagaimana indera-indera lain melakukannya, kemudian setelah melihat melalui filter merah, maka hal itu akan mulai  menera-ulang jarak visual, ambillah merah seperti  lazimnya biru muda (atau langit pada siang hari).  Oleh karena itu, ketika filter dipindahkan, jarak yang lazim untuk sesaat meluas turun kepada Infra-merah.

Kecakapan Seorang Waskita (Clairvoyant)

Gagasan yang terakhir ini memberikan perhatian yang menarik  berupa penjelasan untuk para medium seperti ahli Antropologi Dr. Rudolf Steiner, 19 yang mampu melihat ke dalam  Alam Ruh.   Andaikata hal itu untuk alasan-alasan pengecualian fisiologi (atau mungkin hanya pemrograman mental) mereka mampu mempersepsikan jarak frekuensi yang lebih besar daripada biasanya dan andaikata dapat melihat ke dalam alam Infra-merah dan UltraViolet?

Konklusi

Kesimpulannya, Saya ingin menyampaikan beberapa poin untuk perhatian:

Manusia mencemari baik terhadap dunia materi maupun yang halus?

Sejak Revolusi Industri yang dipicu oleh Rasionalisme abad ke-19, kehidupan kita telah teracuni dan terganggu oleh jenis makhluk lain di planet ini.  Mungkin dengan memanfaatkan dan penggunaan elektromagnetisme secara massal, kita sekarang mulai ke arah yang lebih jauh, yaitu meracuni dan mengganggu segala jenis makhluk yang menempati alam halus di Planet ini?

Jika demikian, mengherankan bahwa banyak diantara mereka bermusuhan terhadap kita?

Saya melihat tidak ada alasan untuk mempertimbangkan kerajaan yang tak nampak itu - yaitu the Lower Etheric" - yang bagaimanapun juga berbeda dari Kerajaan Binatang dimana kita tinggal di dalamnya.  Beberapa ekor binatang disini menyukai kita, manusia.  Beberapa diantara mereka tidak senang kepada  kita.  Dan beberapa  tidak berbahaya dan objektif.


Monday, April 12, 2010

Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.





BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.

Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.


SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak
lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung.

Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"

Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa." Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."


Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.

Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."

Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"

Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."

Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."

Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"

Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka mesti dibaptiskan air suci.

ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci

v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma

vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi

vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.

Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.


Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia.

Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.

Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan? Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.

Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.

Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.

Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.

Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."

Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.

Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.

Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).

Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya hidayah

Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, "Negeri apakah ini?"

Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."

Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah."

Saya katakan padanya, "Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam."

Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam."

Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.

Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

Kekuatan diri

Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.

Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus."

Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."

Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"

Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.

Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.

Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.

Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.

Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"

Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.

Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.

Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak.

Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.

Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.

Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;

Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."

Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.

Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?"

Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.

Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapa sasaran Kristian

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama-nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.

Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu".

Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat

'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu