Pages

Saturday, March 13, 2010

Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa


12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan, hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.
Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.
Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau

Tuesday, March 9, 2010

DUNIA RISIKAN


Di Malaysia, berakhirnya Perang Dingin membawa kesan positif kepada rakyat dan negara terutama dari segi kestabilan dan pencapaian ekonomi lebih-lebih lagi selepas peletakan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM).


Era ancaman pengganas komunis menyaksikan pasukan keselamatan negara iaitu tentera dan polis menggembleng seluruh kekuatan menerusi strategi memenangi hati dan minda rakyat dalam mengekang ancaman tersebut.


Salah satu elemen kekuatan pasukan keselamatan ketika itu ialah kemampuan dalam perisikan sama ada dalam menangani ancaman pengganas komunis mahupun mengekang ideologi komunisme itu sendiri.


Bagaimanapun perkembangan pada dekad 1990 dan di awal dekad baru ini memperlihatkan perisikan tidak lagi menjadi penekanan pasukan keselamatan. Mungkin ini adalah harga yang perlu dibayar daripada suasana aman atau tiadanya ancaman ketara sebagaimana PKM. Namun suasana aman bukan bererti tiada ancaman termasuk dari dalam negara apatah lagi mengikut teori agenda baru keselamatan, ancaman kini lebih bersifat menyeluruh.



Beberapa isu keselamatan diramalkan berterusan pada masa depan termasuk di negara ini. Di antaranya ialah pertelingkahan etnik, ancaman militan, pengedaran dadah, pendatang haram, jenayah perdagangan, penyeludupan dan kes-kes jenayah serius seperti bunuh, rogol dan gengsterisme. Malaysia pernah dikejutkan dengan kejadian rampasan senjata dan tawanan di Bukit Jenalek, Perak dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Kedua-dua peristiwa itu mengundang persoalan tentang kemampuan dunia perisikan negara sama ada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahupun polis. Dalam kes KMM, kegiatan kumpulan itu hanya terbongkar selepas tindakan berani seorang pengawal keselamatan mematahkan percubaan rompakan anggota KMM.

Namun pihak polis kemudian membuktikan bahawa mereka melalui rangkaian polis Cawangan Khas mampu menangani ancaman kumpulan militan dengan tertangkapnya ramai anggota KMM dan Jemaah Islamiah (JI). Malah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dapat mengesan kehadiran orang kanan Al-Qaeda yang menemui beberapa rakyat Malaysia di negara ini sebelum kejadian 11 September dan maklumat itu telah disalurkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Bahagian perisikan pertahanan ATM juga mencatatkan banyak rekod kejayaan selepas era ancaman pengganas komunis termasuk mengesan cubaan menjual maklumat pegawainya kepada sebuah negara jiran.

Jalinan hubungan yang baik oleh pihak ATM dengan beberapa negara luar termasuk merintis hubungan dengan junta tentera Myanmar sebelum ini ketika negara lain tidak mampu berbuat demikian, adalah satu lagi buktinya. Bahagian perisikan ATM dan Cawangan Khas PDRM juga mempunyai kerjasama yang baik dan menunjukkan hasil antaranya penahanan pemimpin selatan Filipina, Nur Misuari tidak lama dulu. Ia membuktikan bahawa dunia perisikan negara belum `tumbang', cuma yang perlu ialah memberi penekanan baru mengikut cabaran keselamatan masa kini.

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, bersempadan dengan banyak negara, mempunyai pertikaian dengan beberapa negara jiran serta berdepan dengan ancaman dalaman seperti risiko pertelingkahan etnik, memerlukan kekuatan perisikan.

Perisikan bukanlah `Tuhan' yang tahu atau boleh menjangkakan segala-galanya. AS yang hebat dengan anggota terlatih, doktrin terbaik dan kelengkapan tercanggih juga gagal menjangkakan dan menghidu banyak kejadian termasuk peristiwa 11 September.

Tetapi mengambil mudah potensi perisikan dan kegagalan menggembleng seluruh kekuatan bidang itu hanya akan mengundang malapetaka besar kepada negara. Negara memerlukan kestabilan dan kemakmuran berterusan - syarat utama mencapai strategi agung iaitu kemajuan seimbang sebagaimana Wawasan 2020.

Dalam menyediakan persekitaran terbaik bagi rakyat sesebuah negara untuk mencapai kemajuan sebenar ia memerlukan pakej komponen kuasa nasional yang juga terbaik. Ia bukan sahaja meliputi kestabilan politik, kekuatan ekonomi, pendidikan, teknologi dan sosial bahkan penguasaan terhadap maklumat dan penganalisaan maklumat yang terbaik termasuk dalam menjangkakan masalah dan ancaman.

Dalam konteks Malaysia, selain ancaman militan, kekuatan rangkaian perisikan boleh digerakkan untuk menangani permasalahan seperti pengedaran dadah, kemasukan pendatang asing, penipuan dokumen seperti kad pengenalan dan pasport, pencerobohan tanah oleh pendatang haram serta pengedaran VCD haram dan lucah.

Kesemua permasalahan itu sudah menjadi ancaman nasional yang semakin ketara berikutan peralihan konsep keselamatan daripada yang bersifat tradisional atau ketenteraan kepada yang lebih bersifat menyeluruh. Satu lagi permasalahan yang boleh ditangani melalui kekuatan perisikan ialah `penyakit' penguatkuasaan.

Daripada masalah ulat teksi sapu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehinggalah kepada menangani masalah pengedaran dadah yang tidak susut-susut. Jarang kita mendengar pengedar `jerung besar' diberkas sementara dadah masih mudah didapati di negara ini menyebabkan ramai khususnya orang Melayu menjadi penagih selain mencetuskan masalah sosial.

Begitu juga dengan aktiviti penyeludupan yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit. Yang biasa diperoleh dalam setiap kali operasi ialah barang rampasan dan beberapa pekerja sindiket penyeludup diberkas sedangkan dalang dan raja penyeludup terus bebas. Jika ada perkara yang paling menuntut post-mortem besar di Malaysia, ia tidak lain ialah bidang penguatkuasaan.



Rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak konsisten adalah antara masalah serius agensi-agensi penguatkuasaan. Malah ia sudah sampai ke peringkat dimomokkan oleh rakyat yang seakan-akan sudah pudar keyakinan kepada kelemahan sektor itu khususnya dengan gejala harapkan pagar, pagar makan padi.

Apabila banyak operasi dijalankan oleh agensi-agensi berkenaan, masalah tersebut seakan terkawal tetapi realitinya banyak lagi yang perlu `digali' bagi melumpuhkan dalam erti kata sebenar ancaman tersebut. Menerusi langkah memperhebatkan perisikan negara, ia boleh menjadi jalan keluar terbaik dalam menangani krisis penguatkuasaan ini dan cabaran lain.

Beberapa negara luar termasuk Itali yang menghadapi ancaman mafia, menggerakkan banyak tenaga perisikan yang setakat ini telah meredakan ancaman kumpulan penjenayah terancang itu.

Di Syria, salah satu elemen pencegahan jenayah ialah bilangan anggota polis cawangan khas yang besar. Di kebanyakan tempat termasuk kawasan tumpuan ramai dan tarikan pelancong, lapangan terbang serta tempat-tempat strategik negara itu, sentiasa ada polis berpakaian preman.

Perkara ini sudah menjadi rahsia terbuka di kalangan rakyatnya serta diplomat serta pekerja asing. Ini mungkin disebabkan Syria yang bersempadan dengan negara musuh ketatnya Israel menerapkan orientasi keselamatan yang tinggi di negara tersebut. Ia antara lain sebagai persediaan menghadapi sebarang sabotaj, kejutan dan huru-hara yang mungkin timbul daripada muslihat yang digerakkan oleh musuh.

Pun begitu, rakyat Syria percaya bahawa jumlah polis cawangan khas yang ramai dan berlegar-legar di merata-rata tempat merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pencegahan jenayah. Berdasarkan pemerhatian penulis yang berada di negara itu baru-baru ini, rakyat Syria tidak pernah merungut atau melahirkan rasa tidak senang dengan anggota polis berpakaian preman yang `mengepung' kehidupan mereka.

Malah keadaan tersebut dianggap rahmat kepada rakyat yang turut dinikmati oleh pelancong. Anda boleh berjalan kaki di bandar dan lorong-lorong gelap di Damsyik atau dikenali sebagai Damascus tanpa merasa takut.

Kadar jenayah di negara itu sama ada rompakan, pembunuhan dan rogol dikatakan antara yang terendah di kalangan negara membangun. Dalam hubungan ini, negara yang mampu memastikan kadar jenayah yang rendah akan mendorong kesejahteraan hidup yang lebih tinggi selaras dengan konsep yang kian diberi perhatian dalam isu keselamatan selepas Perang Dingin iaitu The Human Dimension.

Maka menjadi harapan agar kerajaan mengambil langkah membesarkan lagi keanggotaan dan saiz cawangan khas PDRM bagi memenuhi cabaran keselamatan negara yang semakin kompleks. Malah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini mahu kecekapan cawangan khas dipertingkatkan bagi mengatasi beberapa kelemahan yang berlaku sebelum ini.

Terlalu banyak yang boleh dilakukan oleh perisikan dan kita perlu cari apa sahaja maklumat, menilai aliran dan bibit-bibit awal yang boleh mendatangkan ancaman kepada negara. Dengan penggemblengan pasukan cawangan khas sepenuhnya di peringkat akar umbi, ia dijangka dapat membendung tercetusnya masalah-masalah tertentu seperti pertelingkahan etnik sebagaimana insiden Jalan Klang Lama.

Banyak kawasan penempatan di negara ini masih terdedah kepada risiko pergaduhan kaum walaupun tiada insiden sedemikian kebelakangan ini. Tumpuan juga harus diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan termasuk agama, etnik dan seni bela diri. Sebahagiannya jika tidak diawasi menerusi rangkaian perisikan, akan menjadi sumber ancaman sebagaimana Al-Ma'unah, yang hanya terdedah selepas peristiwa rampasan senjata.

Selain itu, langkah menambah keanggotaan serta memperhebatkan peranan cawangan khas adalah bagi membantu PDRM yang kini terbeban dengan segala macam tugas tambahan dan harapan rakyat yang semakin tinggi. Dalam banyak isu, terbukti akhirnya PDRM terpaksa melakukan langkah pemulihan berikutan kelemahan penguatkuasaan agensi tertentu seperti pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu, pihak berkuasa harus memberi tumpuan kepada kemampuan perisikan ekonomi dalam menghadapi ancaman dan sabotaj ekonomi. Dengan serangan ekonomi misalnya, sesebuah negara boleh dimiskinkan dan kemiskinan adalah senjata paling berbahaya untuk meruntuhkan kedaulatan sesebuah negara. Begitu juga dalam mengesan atau mengetahui dengan pantas apa sahaja yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang ada kaitan dengan kepentingan negara termasuk langkah Singapura menerbit dan mengedarkan buku mengenai isu air.

Senario politik antarabangsa yang tidak menentu, peningkatan agenda white supremacy, orde antarabangsa yang masih menindas negara yang lemah serta berjiran dengan negara bermuslihat serta sentiasa mahu mengambil kesempatan, menuntut kewaspadaan yang tinggi. Itu belum lagi dengan ancaman keganasan siber (cyber terrorism) yang boleh meranapkan sesebuah negara dengan cara paling mudah dan paling murah.

Dunia sekarang adalah dunia peperangan maklumat yang bersifat merentasi sempadan. Pendek kata, keselamatan bukan ketenteraan selepas Perang Dingin lebih menakutkan ancamannya. Arah aliran ini memperlihatkan kian banyak negara melaksanakan program pembinaan keselamatan nasional (national security) berteraskan penguasaan teknologi maklumat mahupun perisikan.

Malaysia tidak harus mengambil risiko dengan membiarkan pihak luar sentiasa berada di depan menerusi rangkaian perisikan dan perang saraf mereka. Inilah masa terbaik untuk melakukan kebangkitan kepada perisikan negara.

Cabaran selepas ini, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu dan jangan biarkan negara menerima kejutan besar. Jika itu berlaku maka seperti biasa semua akan sibuk menuding jari tetapi ketika itu, kita sesungguhnya sudah terlewat.

How to Lock Your Car and Why ?????

 locked my car. As I walked away I heard my car door unlock. I went back and locked my car again three times. Each time, as soon as I started to walk away, I would hear it unlock again!! Naturally alarmed, I looked around and there were two guys sitting in a car in the fire lane next to the store. They were obviously watching me intently, and there was no doubt they were somehow involved in this very weird situation. I quickly chucked the errand I was on, jumped in my car and sped away. I went straight to the police station, told them what had happened, and found out I was part of a new, and very successful, scheme being used to gain entry into cars.

Two weeks later, my friend's son had a similar happening...
While travelling, my friend's son stopped at a roadside rest to use the bathroom.. When he came out to his car less than 4-5 minutes later, someone had gotten into his car and stolen his cell phone, laptop computer, GPS navigator, briefcase... ..you name it. He called the police and since there were no signs of his car being broken into, the police told him he had been a victim of the latest robbery tactic -- there is a device that robbers are using now to clone your security code when you lock your doors on your car using your key-chain locking device..

They sit a distance away and watch for their next victim. They know you are going inside of the store, restaurant, or bathroom and that they now have a few minutes to steal and run. The police officer said to manually lock your car door-by hitting the lock button inside the car -- that way if there is someone sitting in a parking lot watching for their next victim, it will not be you..

When you hit the lock button on your car upon exiting, it does not send the security code, but if you walk away and use the door lock on your key chain, it sends the code through the airwaves where it can be instantly stolen. This is very real.



Be wisely aware of what you just read and please pass this note on. Look how many times we all lock our doors with our remote just to be sure we remembered to lock them -- and bingo, someone has our code and whatever was in our car.

Please share with everyone you know!!

KENALI SNIPER






UNTUK bergelar sniper atau penembak tempat, seseorang anggota 69 Komando itu perlu mahir menggunakan senjata terutama PM Accuracy International.

BILA berlaku situasi genting seperti penculikan dan penahanan tebusan, ia pasti memerlukan kepakaran dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apa pun jua bentuk penyelesaian, ia mestilah dilakukan dengan cepat dan pantas dan lebih penting nyawa tebusan perlulah selamat.

Sehubungan itu, pasukan 69 Komando telah diberi tanggungjawab berat terutama dalam melahirkan anggota sniper.

Melalui anggota sniper inilah, situasi seperti penahanan tebusan dalam diatasi dengan berkesan.

Dalam hal ini, peranan sniper sebagai penembak tepat amat penting bagi menyelesaikan sesuatu situasi.

Ketika keadaan genting inilah, seseorang sniper perlu memperlihatkan kebolehan sebenarnya kerana kesilapan yang kecil bakal mengundang padah pada nyawa tebusan.



Mungkin ramai tidak menyedari bahawa seseorang sniper itu sebenarnya bukan sahaja perlu mahir menembak secara tepat pada sasaran, malah setiap keputusan dan pergerakannya juga harus mengambil kira banyak faktor lain seperti keadaan sekeliling.

Ini kerana, tiupan angin yang kuat juga boleh menyebabkan tembakan yang dilepaskan tersasar.

Begitu juga halnya dengan pergerakan angin, sama ada ia datang dari arah hadapan atau belakang, mahupun dari kiri atau kanan.

Semua ini bakal menentukan arah peluru yang mungkin tersasar dari sasaran sebenar.

Bila berlaku situasi sedemikian, seseorang sniper itu perlu menjadikan keadaan sekeliling seperti baju yang disidai pada ampaian dan sebagainya sebagai penunjuk keadaan serta arah angin.

Di samping itu, seseorang sniper juga perlu berada dalam keadaan tenang dan sabar sebelum sesuatu tembakan itu dilepaskan.

Apa pun jua keadaannya, kejayaan seseorang sniper itu bergantung kepada kerjasama berpasukan dengan rakan-rakan setugas lain.

Bagi memantapkan kemahiran sebagai sniper, pasukan 69 Komando telah mengadakan latihan untuk para jurulatihnya di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Lebih 18 orang jurulatih pelbagai pangkat, menyertai latihan itu dengan menggunakan senjata jenis PM Accuracy International dan M16.

Latihan itu bertujuan memahirkan setiap jurulatih dan ia diadakan dalam pelbagai situasi supaya setiap anggota dan pegawai benar-benar bersedia terutama apabila berhadapan dengan situasi sebenar.

Pegawai Latihan Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando, Asisten Supritendan Hakemal Hawari yang mengetuai latihan itu memberitahu, latihan tersebut diadakan berterusan bagi memahirkan setiap anggota dan pegawai.

Menurutnya, setiap anggota 60 Komando perlu mempamerkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi arahan jurulatih sniper bagi menguasai kebolehan sebagai penembak tepat.

“Untuk bergelar seorang anggota sniper, disiplin yang tinggi amat penting. Kita tidak boleh silap langkah.

“Setiap arahan dan pergerakan harus dipatuhi dan diamati.

“Ini kerana operasi yang dijalankan melibatkan nyawa tebusan. Kita perlu mengutamakan nyawa tebusan dan orang awam,’’ katanya.

Menurut Hakemal, antara latihan diterapkan pada anggota sniper 69 Komando ialah jangan sekali-kali bongkak dengan kebolehan yang dimiliki.

Malah, mereka turut digalak supaya sentiasa merendah diri dan terus belajar bagi memahirkan diri.

Empat faktor utama perlu ada pada setiap anggota jika mahu menjadi bergelar sniper.

Pertama, seseorang itu perlu cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, keadaan tersebut memerlukan anggota berkenaan sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk dalam membuat sesuatu keputusan genting.

Faktor kedua ialah seseorang sniper itu pada asal atau semula jadinya adalah seorang penembak yang baik.

Ini diikuti seseorang sniper itu hendaklah seorang penyabar dan tenang walaupun berada dalam situasi tertekan atau terdesak.

Faktor seterusnya, seseorang sniper juga adalah seorang yang pintar. Ini termasuk dalam membuat keputusan kerana situasi yang dihadapi sentiasa berubah.

Kesilapan membuat keputusan, bukan sahaja bakal menggagalkan operasi menyelamat, malah boleh menyebabkan nyawa tebusan melayang.

Hakemal memberitahu, selain mahir menembak secara tepat, seseorang sniper turut dilatih membuka dan memasang senjata.

“Seseorang sniper perlu tahu mengenai senjata yang diguna. Buka hanya tahu menembak. Dia perlu tahu kelebihan dan kekurangan yang ada pada senjata itu apabila berada dalam situasi tertentu.

“Semua pengetahuan ini termasuk kemahiran ilmu yang berada di sekeliling seperti keadaan angin dan sebagainya perlu ada pada diri anggota sniper,’’ katanya.

Selain itu, para jurulatih 69 Komando itu turut dilatih cara-cara `stalking’ iaitu menghendap dan menyusup.

Latihan stalking amat penting kerana ia melibatkan pergerakan anggota dari satu tempat ke tempat lain.

“Ketika stalking, seseorang sniper perlu memastikan dia tidak dilihat oleh musuh sama ada secara mata kasar atau ketika musuh menggunakan teropong.

“Latihan stalking ini penting bagi membolehkan seseorang sniper menghampiri kawasan musuh sebelum tembakan boleh dilepaskan,’’ katanya.

Ketika latihan di Langkawi itu, para jurulatih tersebut akan diarah berpatah balik ke posisi asal jika pergerakan mereka dikesan oleh jurulatih sniper.

“Dalam hal ini, mereka perlu memastikan pergerakan yang dibuat harus secara senyap dan tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun,’’ katanya.

Mengenai senjata PM Accuracy International buatan Britain yang diguna dalam latihan itu, Hakemal berkata, senjata itu mempunyai ketepatan walaupun pada jarak 1,000 ela.

Suhu @ Perlis 41.7 Celcius !!

Date : 3 March 2010
Time : 2.45 p.m
Place : Around Kangar

Polis cuai punca bayi dibuang depan masjid mati


Seorang bayi dibiarkan kesejukan selama 80 minit di tangga masjid selepas ia ditemui pegawai polis, semalam.
Pada mulanya, bayi lelaki itu disangka mati sehinggalah polis terbabit menyedari dia masih bernafas ketika anggota forensik menyiasat tempat kejadian.
Sumber berkata, bayi malang itu dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya menghembus nafas terakhirnya sejam kemudian.
Menurut saksi, kawasan itu ditutup kepada orang awam dan sebuah khemah putih dinaikkan apabila polis tiba kira-kira jam 10.30 pagi.
Apabila ambulans membawa bayi itu ke hospital, polis Staffordshire menyatakan, ‘mayat’ itu ditemui di kawasan Masjid Makki, Stoke-on-Trent.
Beberapa minit kemudian, pihak berkuasa membetulkan kenyataan itu dengan mendakwa, ‘seorang bayi’ ditemui dan dikejarkan ke hospital untuk dirawat.
Dia akhirnya disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti North Staffordshire pada jam 12.30 tengah hari.
Difahamkan, di sisi bayi itu ditemui sekeping nota bertulis: “Tolong kebumikan dia” bersama wang RM50.
Suruhanjaya Bebas Aduan Polis kini menyiasat bagaimana anggota keselamatan tidak menyedari bayi itu masih hidup ketika ia mula-mula ditemui. 

Pang Ya, (2 tahun) budak perempuan dengan berat badan 41.5 kg

Pang Yadia baru berumur dua tahun tapi berat badannya sudah setara dengan berat badan orang dewasa…41.5 kilogram