Pages

Monday, April 12, 2010

MEREKA MEMPERTIKAIKAN BARIS-BARIS


Oleh The ASSOCIATE

BARU-BARU ini, sesetengah golongan menimbulkan isu mengenai al-Quran berbaris dan al-Quran tidak berbaris. Pada masa yang sama golongan ini mempersoalkan ketulenan al-Quran berbaris dengan melemparkan tohmahan tidak berasas bahawa al-Quran berbaris itu sudah diseleweng. Sungguh keras tohmahan itu, ia juga satu fitnah. Sungguh cetek juga pengetahuan golongan itu terhadap realiti.

Saya hanya boleh tersenyum kepada golongan ini, mereka mungkin tidak tahu dua jenis realiti.Satu, realiti sejarah dan satu lagi ialah ‘realiti sebab’.

Realiti Sejarah (Mengapa disusun)

Dari sudut sejarah penyusunan ayat-ayat al-Quran, ia tidak perlu diterangkan secara panjang lebar di sini kerana umum yang celik sejarah Islam sudah mengetahui sejarah penyusunan itu dan mengapa ia dilakukan. Penyusunan al-Quran dibuat untuk memudahkan umat Islam membaca dan menghafal.

Bagaimanapun, kita hanya imbas sedikit mengenai sejarah penyusunan al-Quran sebagai maklumat kepada yang belum mengenali sejarah penyusunan mushaf al-Quran.

Ketika zaman kewahyuan dan kenabian Rasulullah, ayat-ayat wahyu yang diturunkan telah ditulis oleh para sahabat terutamaAli, Muawiyah, `Ubai bin K`ab dan Zaid bin Sabeit,. Ayat-ayat suci itu pula ditulis di atas pelepah kurma, kulit binatang dan sebagainya. Ia ditulis bagi memudahkan umat pada ketika itu untuk membaca dan menghafal ayat-ayat yang diturunkan. Malah, ayat-ayat itu ditulis dihadapan Rasulullah sendiri oleh para sahabat, lazimnya pada ketika selepas wahyu diturunkan. Proses serupa itu berlarutan sehingga sejarah kewahyuan tamat apabila baginda wafat.

Walaupun belum ditulis secara mushaf (bahasa mudahnya ialah dalam bentuk buku), al-Quran sebenarnya sudah sedia mushaf dalam ingatan umat Islam (para sahabat yang taat) ketika itu. Selepas kewafatan Rasulullah, ayat-ayat ini dikumpul semasa zaman khalifah-rasyidin.

Kerja pengumpulan dan merekodkan al-Quran dalam bentuk tulisan secara serius bermula ketika zaman kekhalifahan Abu Bakar yang begitu garang memerangi golongan murtad. Perang melawan golongan murtad juga menyebabkan sebilangan besar umat Islam yang menghafal al-Quran telah terkorban.

Kebimbangan terhadap bilangan penghafal al-Quran yang semakin berkurangan (ramai gugur syahid dalam memerangi golongan murtad) menyebabkan Umar yang risau dengan perkembangan itu telah berjumpa dengan Abu Bakar. Umar mencadangkan supaya al-Quran ditulis dan disusun dalam bentuk buku kerana para hafiz sudah ramai terkorban.

Abu Bakar pada mulanya menolak cadangan itu. Namun selepas khuatir melihat bilangan para penghafal yang ramai terkorban, maka difikir semula terhadap cadangan itu selepas beberapa kali dipujuk Umar. Abu Bakar kemudian bertemu Zaid bin Sabeit (Zaid adalah antara tahfiz terawal sejak tahun-tahun kenabian Rasulullah) dan menceritakan kebimbangannya kepada Zaid mengenai kemungkinan satu masa nanti sudah tiada lagi umat yang mengingati ayat-ayat al-Quran.

Quran kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran dan diserah kepada Abu Bakar, kemudian pada tahun 13H iaitu setelah mangkat Abu Bakar, lembaran itu diserahkan pula kepada Umar. Sesudah mangkat Umar, diserahkan pula kepada anaknya iaitu Hafsah. Kemudian semasa kekhalifahan Uthman, lembaran itu diambil semula daripada Hafsah. Demikian serba ringkas mengenai sejarah penyusunan mushaf. Jika ingin mengetahui lebih terperinci mengenai sejarah penyusunan al-Quran, sila rujuk bahan yang berkaitan.

Bermula zaman khalifah Uthman, timbul pula masalah pembacaan al-Quran dalam pelbagai dialek Arab ketika itu. Maka, tiba masanya supaya al-Quran disusun sebutan dialeknya supaya tepat mengikut cara sebutan lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy. Ia kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan diucapkan baginda dalam sebutan ‘asal’ mengikut lidah Rasulullah semasa ayat-ayat itu diturunkan. Rasulullah adalah ‘penerima wahyu al-Quran’, sedarlah realiti ini. Sebutan asal di sini pula bermaksud sebutan ayat suci seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam dialek Quraisy kerana Rasulullah adalah seorang Arab dari kelompok Quraisy. Maka, kaedah sebutan (dialek) al-Quran dibuat mengikut cara ia disebut oleh Rasulullah, setiap perkataan perlu mengikut lenggok lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy, ia perlu, kerana begitulah bunyinya (dari segi dialek) ketika ayat al-Quran keluar dari mulut Rasulullah semasa disampaikan Jibrail.

Realiti Sebab (Mengapa ada baris)

Jika seseorang mempelajari hukum bahasa, dia sudah tentu tahu apa itu ‘fonetik’ atau ‘phonetic’ atau bahasa mudahnya ialah sistem ejaan mengikut bunyi dialek yang menggunakan simbol tertentu bagi mewakilkan ‘bunyi asal’ sesuatu perkataan itu. Sistem simbol bagi mewakilkan ‘sesuatu bunyi tepat’ itu jugaharus dipelajari supaya ia boleh disebut dengan tepat mengikut dialek asalnya.

Baris-baris (fatahah, kasroh, dommah) dan simbol-simbol (sukun, syaddah dan sebagainya) diletakkan dalam mushaf bagi memberi penekanan ‘tone’ kepada sesuatu perkataan supaya ia tepat dengan dialek seperti yang diucapkan Rasulullah mengikut lidah dialek Quraisy. Ia juga bagi mewujudkan sebutan yang seragam, tidak pelbagai, iaitu sebutan bagi sesuatu ayat atau perkataan itu tepat dari segi sebutan dan maknanya.

Perletakan baris juga adalah untuk membantu bacaan supaya sebutan itu tepat dari segi dialek dan cara yang sepatutnya ia disebut. Sebelum mushaf diletakkan baris, al-Quran disebut, dilafaz dan dibaca dalam pelbagai dialek Arab. Namun selepas baris-baris diletakkan, ia membantu pembacaan supaya sebutannya menjadi standard mengikut dialek yang disebut oleh Rasulullah, seperti dilafaz oleh nabi semasa wahyu itu diturunkan.

Namun kalau kita merenung realiti ‘proses belajar’ membaca al-Quran, kita akan dapati bahawa orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini realiti.

Walaupun al-Quran itu dalam bahasa Arab, namun orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris, perlu belajar mengeja mengikut baris, perlu mengenal hukum-hukum bacaan, perlu belajar tajwid sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini juga realiti.

Ia juga bagi menjaga kesucian al-Quran itu sendiri. Orang Arab juga ada yang Kristian, tidak semua Islam. Jika orang Arab tidak perlu belajar membaca al-Quran, maka orang Arab beragama Kristian juga akan dapat memahami maksud al-Quran dengan mudah. Tapi, perkara ini (orang Arab Kristian membaca al-Quran dan mentafsir sesuka hati) akan dapat dikawal sekiranya diletakkan baris. Ini bemakna, orang Arab juga perlu belajar membaca al-Quran, perlu mengenal baris, perlu mengenal simbol dan perlu tahu setiap tone dalam menyebut sesuatu perkataan al-Quran bagi mendapatkan maksud yang tepat.

Semasa saya masih belajar (dalam negara), saya ada mengenali seorang pensyarah berbangsa Arab (rakyat Mesir) dan beberapa kali berkunjung ke rumahnya di kawasan kampus. Saya pernah berkata kepada pensyarah itu: “Senang ya orang Arab, tak perlu susah-susah belajar mengenal baris untuk belajar al-Quran.”

Tapi pensyarah saya balas: “eh.. orang Arab pun kena belajar kenal baris. kalau tak kenal baris, macam mana nak baca al-Quran? Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran.”

“cuba kamu pergi di bilik hujung itu (sambil menunjukkan jari). Cuba kamu dengar apa yang isteri saya sedang buat bersama anak saya,” kata pensyarah itu yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lebih 8 tahun mengajar di universiti tempatan tempat saya belajar dulu.

Saya pun pergi ke bilik hujung di rumah pensyarah saya itu dengan izinnya sendiri, saya dengar:

“.. Sa fataha, sa. Jim fataha, ja. Ha fataha, ha. Qho fataha, qho....” saya dengar isteri pensyarah sedang mengajar anaknya mengeja mengenal baris.

Jawapan balas daripada pensyarah dan pengalaman itu buat saya tersedar satu realiti, realiti terhadap kepentingan baris itu sendiri. Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran. Baris itu diletakkan bagi memelihara kesucian al-Quran itu sendiri. Ia adalah ciri unik dalam menjaga kesucian al-Quran.

Jika ada lagi yang masih semberono mengatakan al-Quran berbaris itu tidak tulen, dan mengatakan al-Quran yang asal itu tidak berbaris, maka fikir semula.

Al-Quran diturunkan secara lisan, bukan secara bertulisan. Maka di mana asasnya dakwaan pihak berkenaan mengenai al-Quran itu asalnya tiada baris sedangkan al-Quran itu diturunkan secara lisan, jika secara lisan...dari mana wujud pertikaian barisnya?

Al-Quran diletakkan baris bagi menjadikan sesuatu perkataan atau ayat itu mengikut cara sebutan yang diucapkan Rasulullah sepertimana ia diturunkan dan dilafazkan semasa Jibrail melakukan tugasnya menurunkan wahyu kepada baginda. Ia juga bagi memudahkan bacaan dalam sebutan yang betul, seterusnya memudahkan proses menghafal.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Quran, al-Hijr: 9)

Jika ada yang mempertikai baris al-Quran, cuba fikir semula dengan WARAS. Al-Quran itu dibukukan (mushaf) dengan baris-baris supaya mudah dibaca dan dihafal serta sebagai usaha dijauhkan dari tangan-tangan kafir yang sentiasa mahu mengubah isi kandungannya bagi menyesatkan akidah Islam. Juga supaya muncul generasi tahfiz, adalah lebih baik belajar menghafal al-Quran daripada mempertikaikan barisnya.

Golongan yang mempertikai baris al-Quran itu pula, adakah mereka hafal al-Quran? Atau sekadar tahu mempertikai dan hanya merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu sahaja? Jika merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, memang benarlah al-Quran itu tiada baris, kerana bahasa Melayu memang tiada baris. : ) Tetapi bahasa al-Quran diletakkan baris bagi menjaga ketulenan dan kesuciannya, ia juga bagi membezakannya dengan bahasa Arab yang difahami semua bangsa Arab tidak kira Arab Muslim atau Arab kafir. Jika diletakkan baris, ia hanya boleh dibaca oleh orang Islam yang tahu membacanya selepas belajar cara membacanya.

Kepada golongan yang mempertikai baris al-Quran, nasihat di sini ialah berkawanlah dengan semua orang, jangan taksub dengan fahaman sendiri yang sempit. Berkawanlah dengan semua orang supaya akan dapat banyak pengetahuan berguna, seperti pengalaman yang saya ceritakan tadi. Mohon maaf jika saya tersilap dalam menyampaikan maksud artikel ini.. jika ada yang masih belum jelas, rujuklah kepada mereka yang lebih berilmu dalam hal ini. Saya hanya sekadar menyampaikan mengikut sudut pandangan yang saya faham..

Allah lebih mengetahui terhadap segala perancangan-Nya dalam memelihara agama-Nya..

Monday, April 5, 2010

DSAI: Gantung saya jika mahu


Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mencabar Barisan Nasional (BN) agar menggantung beliau dari Parlimen jika kerajaan mahu meneruskan sokongan kepada Israel.
Dalam ucapannya di Kampung Sungai Tengi di sini, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu terus menyerang hubungan kerajaan BN dengan firma perhubungan awam antarabangsa APCO Worldwide sambil menegaskan, selain penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menjawab dakwaan-dakwaan yang dilontarkan.
“Ini adalah orang yang sama memerintah kita, yang mengajar bahawa hak orang Melayu dan Islam mesti dilindungi. Najib tidak berani menjawab perkara ini.
“Saya bersedia untuk menawarkan diri saya… kamu terus sokongan Israel, kamu gantung saya dari Parlimen. Gantung saya, tiga bulan, enam bulan, setahun, saya tidak tahu.
“Insya-Allah, biar rakyat sendiri membuat keputusan,” kata beliau pada ceramah Selamatkan Malaysian, yang secara kebetulan dilihat sebagai ‘kempen’ menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah memulakan kempen pihaknya di sini sejak Jumaat lalu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat ini terus mengecam kesediaan pentadbiran BN mendapatkan khidmat nasihat daripada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan yang “membunuh rakyat Islam Palestin.”
“Apco diterajui oleh orang-orang ini dan Najib pula mendapatkan nasihat daripada mereka.
“Saya mendedahkan nama pemimpin-pemimpin APCO tetapi mereka mendakwa itu salah.
“Saya menunjukkan perjanjian ditandatangani antara APCO dan Israel dan mereka masih menafikannya,” kata beliau.
Tambah beliau, ini merupakan mereka yang menasihati Najib berhubung aspek komunikasi strategik, pembaharuan, inisiatif, Model Ekonomi Baru, dasar pendidikan dan lain-lain.
“Semua ini dilakukan oleh APCO,” katanya.
Anwar tidak menafikan beliau selaku anggota perundangan seringkali mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin luar untuk mendapatkan pandangan mereka.
“Tetapi saya tidak pernah mengambil mereka sebagai penasihat. Najib melakukan yang ini dan lebih-lebih lagi mereka bukan Islam. Mereka ini merupakan pihak yang bekerja untuk Agensi Pertahanan Israel,” katanya.

Monday, March 29, 2010

Budak Lelaki 7 Tahun, Individu Termuda Di Dunia Lulus Peperiksaan A-Level


LONDON – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam.
Yasha dari Leicester memberitahu: “Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan. Baki soalan lain okey.”
Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu.
Bapanya, Moussa, 47, berkata: “Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Saya berasa bangga dengannya.”
Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.
Moussa berkata: “Dia mempunyai bakat belajar.”
Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya.
Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun. 

Friday, March 26, 2010

Windows 8 Dengan Teknologi Anti Cetak-Rompak?


Menangani kadar cetak rompak adalah salah satu masalah besar Microsoft, dan kini, melalui Windows 8, Microsoft bercadang untuk membangunkan sebuah teknologi baru iaitu teknologi anti cetak-rompak, sekaligus mengelakkan sistem operasi mereka digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah teknologi tersebut akan kelihatan. Namun begitu, apa yang kelihatan adalah, dimana Microsoft sedang mencari beberapa pekerja baru dalam membangunkan sebuah platform baru yang melindungi produk Microsoft daripada cetak-rompak.
Walaupun ianya mungkin sesuatu yang mustahil di era dunia digital kini, ianya suatu perkara yang bagus untuk terus menginovasikan teknologi sekuriti mereka, dan sekiranya ianya dapat mengurangkan kadar cetak rompak, ianya akan menghasilkan pelbagai perkara positif untuk Microsoft.

NEW GAME FROM JAPAN


Kancho, adalah permainan di Jepun iaitu permainan yang menggunakan jari tangan yang dirapatkan dan kemudian menusukkan jari tersebut kelubang dubur lawan dari belakang tanpa sepengetahuan mangsanya.
Rasanya masa kecik-kecik dulu pun pernah juga main permainan sebegini. Setakat mengena, taklah sampai ketahap gambar yang kat bawah ni. Itu pun main dengan kawan-kawan sejantina jer!
Adoi…mahu seminggu tertangguh hajat tu! 
*SELAMAT MENCUBA...

Thursday, March 25, 2010

TIME FOR POTONG WiMAX AND ASTRO UniFi COVER BOTH.


Semua mungkin sudah sedia maklum yang mana TM akan memperkenalkan UniFi dalam tiga bentuk pakej berbeza. Menariknya, harga HSBB daripada TM yang mana dikenali sebagai UniFi ini bermula daripada serendah RM149 untuk 5 Mbps dan ianya turut didatangkan dengan sambungan khas untuk IPTV pada kadar kelajuan 8 Mbps.

Logo UniFi [via]
Secara ringkasnya, berikut merupakan harga bagi UniFi mengikut pakej yang ditawarkan:
  • 5 Mbps – RM 149
  • 10 Mbps – RM199
  • 20 Mbps – RM249
Walaupun kadar kelajuan muat-turun adalah berbeza, kadar kelajuan muat-naik dikatakan adalah lebih kurang sama. Malah, untuk servis IPTV, mereka menyediakan sambungan jalur lebar yang didedikasikan selaju 8 Mbps sebagai tambahan untuk sebarang pakej data UniFi yang dilanggan. Melalui IPTV, para pelanggan boleh menikmati lebih 22 saluran, selain beberapa servis interaktif termasuk permainan dan informasi pelancongan.

Set-Up Box Khas Untuk IPTV [via]

THE SEX PHYCOPATH DOCTOR