Pages

Monday, March 29, 2010

Budak Lelaki 7 Tahun, Individu Termuda Di Dunia Lulus Peperiksaan A-Level


LONDON – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam.
Yasha dari Leicester memberitahu: “Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan. Baki soalan lain okey.”
Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu.
Bapanya, Moussa, 47, berkata: “Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Saya berasa bangga dengannya.”
Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.
Moussa berkata: “Dia mempunyai bakat belajar.”
Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya.
Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun. 

Friday, March 26, 2010

Windows 8 Dengan Teknologi Anti Cetak-Rompak?


Menangani kadar cetak rompak adalah salah satu masalah besar Microsoft, dan kini, melalui Windows 8, Microsoft bercadang untuk membangunkan sebuah teknologi baru iaitu teknologi anti cetak-rompak, sekaligus mengelakkan sistem operasi mereka digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah teknologi tersebut akan kelihatan. Namun begitu, apa yang kelihatan adalah, dimana Microsoft sedang mencari beberapa pekerja baru dalam membangunkan sebuah platform baru yang melindungi produk Microsoft daripada cetak-rompak.
Walaupun ianya mungkin sesuatu yang mustahil di era dunia digital kini, ianya suatu perkara yang bagus untuk terus menginovasikan teknologi sekuriti mereka, dan sekiranya ianya dapat mengurangkan kadar cetak rompak, ianya akan menghasilkan pelbagai perkara positif untuk Microsoft.

NEW GAME FROM JAPAN


Kancho, adalah permainan di Jepun iaitu permainan yang menggunakan jari tangan yang dirapatkan dan kemudian menusukkan jari tersebut kelubang dubur lawan dari belakang tanpa sepengetahuan mangsanya.
Rasanya masa kecik-kecik dulu pun pernah juga main permainan sebegini. Setakat mengena, taklah sampai ketahap gambar yang kat bawah ni. Itu pun main dengan kawan-kawan sejantina jer!
Adoi…mahu seminggu tertangguh hajat tu! 
*SELAMAT MENCUBA...

Thursday, March 25, 2010

TIME FOR POTONG WiMAX AND ASTRO UniFi COVER BOTH.


Semua mungkin sudah sedia maklum yang mana TM akan memperkenalkan UniFi dalam tiga bentuk pakej berbeza. Menariknya, harga HSBB daripada TM yang mana dikenali sebagai UniFi ini bermula daripada serendah RM149 untuk 5 Mbps dan ianya turut didatangkan dengan sambungan khas untuk IPTV pada kadar kelajuan 8 Mbps.

Logo UniFi [via]
Secara ringkasnya, berikut merupakan harga bagi UniFi mengikut pakej yang ditawarkan:
  • 5 Mbps – RM 149
  • 10 Mbps – RM199
  • 20 Mbps – RM249
Walaupun kadar kelajuan muat-turun adalah berbeza, kadar kelajuan muat-naik dikatakan adalah lebih kurang sama. Malah, untuk servis IPTV, mereka menyediakan sambungan jalur lebar yang didedikasikan selaju 8 Mbps sebagai tambahan untuk sebarang pakej data UniFi yang dilanggan. Melalui IPTV, para pelanggan boleh menikmati lebih 22 saluran, selain beberapa servis interaktif termasuk permainan dan informasi pelancongan.

Set-Up Box Khas Untuk IPTV [via]

THE SEX PHYCOPATH DOCTOR


the mystery behind the art

Kutukan Lukisan ” Crying Boy”

Pada tahun 1985, Inggeris dikejutkan  dengan siri kebakaran yang berlaku dengan cara yang misteris. Kegemparan ini berlanjutan  ketika menemui hampir semua rumah terbakar habis, ada benda yang tidak tersentuh oleh api, iaitu lukisan anak laki-laki yang sedang menangis. Lebih  mengejutkan, sebelumnya sudah banyak kes serupa yang tidak meninggalkan petunjuk logik.
Setelah ditelusuri, objek dikatakan bahawa lukisan adalah seorang yatim piatu yang orang tuanya meninggal dalam api. Tak lama selepas lukisan itu dihasilkan, studio seniman hancur dimakan api. Anak itu kemudian mati dalam sebuah letupan. Dia berkat anak itu lah hantu yang menghantui melalui air mata dalam gambar.
Untuk memadam kutukan, penerbitan tempatan mengadakan aksi pembakaran lukisan tersebut. Banyak lukisan telah dihancurkan, tetapi dianggarkan masih ada ribuan  lain yang beredar di seluruh dunia.
Teror Robert The Doll

Kalau  melawat Muzium Martello Timur, Florida, kita dapat melihat sebuah boneka tua lebih dari satu abad, Robert the Doll. Boneka berukuran seperti anak kecil ini sangat terkenal,  Bukan kerana boneka peninggalan dari abad ke-19 ini lucu, tapi karena kengerian! hiii ….
Cerita bermula sekitar tahun 1896, ketika keluarga Otto memberikan boneka untuk anak bungsunya Robert Eugene Otto. Terpikat dengan boneka itu, anak itu memberi namanya sendiri, Robert kepada boneka, dan menukar panggilan dirinya, Gene.
Semenjak itu, kejadian demi kejadian aneh terjadi di rumah keluarga Otto, dari mulai terdengar suara tawa asing, berbagai kekacauan dan kerosakan, sampai laporan para tetangga yang melihat penampakan mengerikan Robert. Yang paling parah, Robert sepertinya memperbudak Gene hingga budah tersebut terkejut dan ketakutan. Melihat tiada penyelesaian tersebut, keluarga Otto menyingkirkan Robert ke loteng.
Ketika Gene sudah dewasa, ia menemukan kembali boneka Robert. Dalam waktu singkat, boneka itu pun kembali “menguasai” diri Gene, hingga ia nyaris gila. Warga kota yang melewati rumah keluarga Otto dihantui teror Robert dari jendela kamarnya.Kabarnya, kejadian mengerikan itu terus berlanjut sampai muzeum tempat tinggal Robert sekarang.
Misteri Keris

Sering kita mendengar cerita tentang senjata khusus bahawa Indonesia memiliki kekuatan yang boleh bergerak, berdiri, dan bahkan terbang dengan sendirinya. Cerita didampingi oleh kejadian-kejadian mistik yang mengerikan.
Salah satu yang terkenal adalah cerita legenda sampai sekarang kekuatan keris buatan Mpu Gandring. Keris sakti adalah banyak menelan mangsa, termasuk pembuatnta. Mpu Gandring dibunuh kejam oleh pemesan  keris, Ken Arok. Sejak itu, keris Mpu Gandring tidak berhenti meminta tumbal untuk haus kekuasaan, termasuk Ken Arok dan keturunannya.  Kononnya, beliau berkata, keris itu kemudiannya dibuang ke laut dan berubah menjadi naga.
Ternyata sampai sekarang masih banyak sihir atau para pembuat keris keris warisan. Pembuat  harus melalui tahap yang sulit seperti pencocokan tarikh lahir dan tujuan dari pembeli, cepat, melakukan perhitungan dengan kalendar Jawa, dan banyak ritual lain. Legenda keris Mpu Gandring diselenggarakan sampai sekarang, bahawa keserakahan akan berahkir dengan kehancuran.
Jangan Ganggu Firaun

Jangan cuba-cuba mengutuk barang-barang warisan mumia Firaun, jika kita tidak mahu nasib yang sama seperti Carnarvon.  Pembesar British ini dipercayai meninggal secara tiba tiba selepas membongkar makam Tutankhamun, salah satu daripada Firaun pada tahun 1923. Anehnya lagi, pada hari Carnarvon meninggal, semua elektrik padam di Kaherah dan tidak ada yang tahu penyebabnya.
Tutankhamun adalah Raja Mesir yang mempunyai cerita tragis. Diangkat sebagai Firaun ketika ia berumur 9 tahun, dia hanya merasai kekuasannya sekejap sahaja. Belum 19 tahun, ajal menjemputnya. Punca kematian masih belum diketahui, meskipun banyak orang percaya akan menjadi satu komplot kejam untuk membunuh raja muda.
Misteri Tutankhamun berlanjutan hingga hari ini. Dia berkata, kutukan bahawa siapa pun yang mengganggu  raja dalam tidur panjang, akan merasakan penderitaan. Walaupun banyak yang meragukan kutukan, hal-hal aneh terus terjadi. Seorang pegawai Amerika yang dilaporkan membawa topeng Tutankhamun mendapat stroke, dan seorang pemuda Jerman yang nekad mencuri salah satu harta karun Tutankhamun meninggal dalam keadaan yang mengerikan. Masih berani cuba? 

Pesta gajet


ROBOT yang boleh mengajar anda berbahasa Cina, komputer yang boleh dikawal dengan pergerakan mata, jam penggera boleh terbang dan menonton video di cermin mata adalah beberapa gajet atau produk berteknologi yang boleh disaksikan di CeBit.
Pameran teknologi terbesar dunia yang berlangsung di Hannover, Jerman, bermula Khamis lepas itu menjadi taruhan kepada syarikat-syarikat teknologi maklumat untuk mengembalikan kegemilangan bidang itu yang agak terjejas tahun lepas kerana kelembapan ekonomi dunia.
Mungkin kita boleh bermula dengan mengenali Amy, robot cantik dan pintar yang mempunyai kemampuan mengajar anda bahasa Cina dan mempunyai 400,000 perkataan untuk diucapkan. Ia juga mempunyai otak yang diprogram dengan pengetahuan daripada keseluruhan Encyclopedia Britannica.
Robot ini menggunakan teknologi kepintaran buatan dan sistem pengenalan suara serta boleh berbual selama empat jam tanpa henti dengan sesiapa sahaja.
Robot setinggi 35 sentimeter dan mempunyai skrin komputer sebagai mukanya itu mempunyai tangan laser untuk memaparkan wajahnya ke dinding. Amy dijangka berada di pasaran menjelang akhir tahun ini, kata Bruce Han dari syarikat Viewmotion Ltd., dari Korea Selatan.
"Setakat ini, dia hanya mampu bercakap dalam bahasa Inggeris dan Cina, tetapi kami berharap dalam masa beberapa tahun lagi Amy boleh berbahasa Perancis, Jerman, Itali dan Jepun," katanya.
Tarikan seterusnya ialah teknologi mengawal komputer dengan hanya menggunakan pergerakan mata yang dibangunkan oleh Tobii Technology dari Sweden.
Teknologi yang dibangunkan untuk membantu golongan kurang upaya (OKU) menggunakan komputer itu membolehkan penyelidik mengetahui apakah elemen pertama yang akan diperhatikan terlebih dahulu apabila seseorang menggunakan komputer.
Teknologi yang hampir sama juga diperkenalkan oleh Fraunhofer Institute yang mana pengguna boleh menunjukkan kepada skrin walaupun berada sejauh 20 meter dan 'menyentuh' ikon-ikon atau mengawal kursor seperti mereka menggunakan skrin sesentuh.
Menghubungkan
Fraunhofer dengan kerjasama beberapa syarikat juga sedang membangunkan perisian 'Hydra' yang merupakan sistem untuk kegunaan rumah pintar kerana ia boleh menghubungkan peralatan di rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, langsir dan sebagainya dalam satu sistem.
Misalnya, jika anda berada di luar rumah, anda boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mesin basuh untuk menjalankan cucian selepas pakaian anda direndam, menutup atau membuka langsir, membuka atau menutup televisyen dan sebagainya.
Memandangkan pemain muzik seperti pemain MP3 dan iPod adalah gajet biasa masa kini, maka beberapa syarikat berusaha memperkenalkan aksesori yang boleh dihubungkan dengan produk-produk itu seperti Tunebug Vibe.
Produk ini semestinya sangat digemari oleh peminat muzik kerana anda hanya perlu meletakkan pemain MP3 anda kepada mana-mana permukaan seperti meja, dinding, kotak dan sebagainya yang kemudiannya memberikan bunyi menakjubkan dengan speaker mudah alih anda itu.
Sebuah syarikat pengeluar gajet dari Britain, Satzuma misalnya memperkenalkan satu permainan yang mana membolehkan anda melancarkan roket getah untuk mengenai mana-mana sasaran rakan anda dengan menggunakan kawalan komputer.
Bagi yang agak susah bangun pagi dan sering menekan butang snooze atau stop ketika jam penggera berbunyi, apa kata jika anda membeli jam penggera yang boleh terbang!
Dengan jam penggera ini, apabila tiba waktunya yang anda telah tetapkan, ia bukan sahaja akan berbunyi tetapi ada sejenis alat yang akan terbang di sekeliling bilik anda yang mana anda perlu menangkap dan meletakkannya semula kepada jam penggera jika tidak mahu diganggu lagi.
Menarik bukan? Selepas terpaksa bangun dan mengejar alat itu, tentu tiada siapa yang akan merasa mengantuk lagi dengan gajet ciptaan syarikat Getdigital.de dari Jerman ini.
Getdigital.de juga menawarkan sebuah alat kawalan jauh yang sangat kecil tetapi mempunyai kemampuan membuka dan menutup kebanyakan televisyen di Eropah.
Sememangnya, CeBit mempunyai pelbagai teknologi yang mampu membuka minda anda dan juga memberi gambaran mengenai kehidupan masa depan yang sudah tentu menjadi acara wajib untuk dikunjungi kepada peminat gajet dan teknologi terkini.