Pages

Friday, February 26, 2010

RM3.4juta harga komik Superman edisi pertama





















NEW YORK 23 Feb. - Senaskhah komik Superman cetakan pertama yang sukar ditemui, berjaya dijual pada harga AS$1 juta (RM3.4 juta) semalam, mengatasi rekod jualan bagi sebuah lagi komik sebelum ini.

Komik edisi 1938, Action Comics No.1 yang dianggap komik yang jadi rebutan ramai, dijual oleh seorang jurujual swasta, yang dirahsiakan namanya.

Komik itu memaparkan aksi Superman sedang mengangkat sebuah kereta dengan harga asalnya dijual hanya 10 sen.

Transaksi itu dikendalikan oleh laman web lelong ComicConnect.com. Stephen Fishler, pemilik bersama laman web itu dan rakan pengedarnya, Metropolis Collectibles, yang mengatur jualannya.

Fishler berkata, buku itu dijual beberapa minit selepas ia dibuka untuk lelongan pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

Katanya, penjualnya adalah seorang 'individu yang terkenal' di New York dan mempunyai banyak koleksi komik dan pembelinya pula adalah seorang pelanggan yang dikenali pernah membeli naskhah Action Comics No. 1 pada gred yang lebih rendah.

"Kebanyakan orang menanggap komik ini sangat penting," kata John Dolmayan, seorang peminat komik dan pengedar yang turut dikenali sebagai pemain deram untuk kumpulan rock System of a Down.

Harga untuk cetakan yang dijual semalam mencecah harga yang tinggi kerana naskhah itu masih dalam keadaan baik. Ia diletakkan pada gred 8.0 dan bagi naskah yang sangat baik mampu meningkat kepada gred 10.

9 Jenis Anak Syaitan


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1.    Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2.    Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3.    A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4.    Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5.    Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6.    Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7.    Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH… )
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8.    Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9.    Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
10.    Isetan. (YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &… .. Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

KENAPE PERLU BERKHATAN

Berkhatan sememangnya diperintahkan dalam islam, Rasulullah S.A.W dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhatan.Penulis berkongsi ilmu ini yang penulis perolehinya semasa Seminar Fiqh Toharoh di Maahad Amir Indra Petra beberapa tahun yang lalu.Ketika sesi pertanyaan dibuka kepada pelajar, ditanyakan oleh seorang pelajar, “Apakah hikmah berkhatan?”.Lalu dijawab oleh penceramah tersebut dengan membawakan kisah Tok Kenali.
Alkisahnya…
Suatu masa seorang lelaki berjumpa dengan Tok Kenali dan bertanyakan kepada Tok Kenali menagapakah lelaki perlu berkhatan?.Lalu Tok Kenali membawakan pun memberinya sebiji buah pisang.Lalu disuruh lelaki tersebut makan buah pisang itu tanpa membuang kulitnya.Lalu dijawab lelaki tersebut “MANA SEDAP MAKAN SEKALI DENGAN KULIT!”.Lalu Tok Kenali memberikan jawapan, begitulah jua hikmah berkhatan bagi seorang lelaki.Pihak isteri pun tak selera makan sekali dengan “Kulit”.So, saper-saper yang belum berkhatan lagi tu berkhatanlah yea..

MESTI BACA!!! Kisah Tauladan – Paderi Melayu


Semoga Allah menjauhi kita dari bala bencana… !!! Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.
Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.
Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore.
Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan – Berbaj! u putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).
Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi beka! s guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.
Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek – lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
1.    Desakan hidup2. Kurang agama Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka. Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan)Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman
2.    Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen.
Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri, masih terdapat negeri yang tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
PENGUMUMAN – HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA “Sebarkanlah walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa- dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al- Ahzab:71)  ~~virtualfriends

Thursday, February 25, 2010

BOGEL SECARA PAKSA


Pada minggu lalu, komuniti Internet gempar selepas melihat kira-kira 40 remaja Korea Selatan membentuk piramid manusia dalam keadaan bogel manakala tubuh mereka dibaling dengan tepung dan telur.
Beberapa imej lain menunjukkan mereka berdiri sambil menutup bahagian sulit atau sedang melucutkan seluar dalam masing-masing.
Media tempatan melaporkan gambar-gambar memalukan itu merupakan sebahagian daripada parti penutup majlis tamat persekolahan sebuah sekolah tinggi di Ilsan dalam wilayah Gyeonggi.
Beberapa mangsa berkata, mereka menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada beberapa pelajar senior yang memberi amaran mereka akan menerima hukuman serius sekiranya enggan menghadiri parti itu.
Mengulas mengenainya, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menganggap insiden memalukan itu sebagai isu budaya dan berjanji akan mencari jalan untuk mengubah sistem pendidikan negara bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
Sementara itu, polis mengklasifikasi kes itu sebagai jenayah dan akan memanggil 20 pelajar sekolah tinggi untuk disoal siasat kerana terbabit dalam insiden itu.






Kereta hybrid daripada Proton





Proton memperkenalkan hatchback hibrid pada hari Jumaat hasil dari kerjasama dengan Italdesign Giugiaro. Kenderaan konsep yang bakal dipamerkan pada pameran Geneva Auto Show bulan depan adalah sebahagian daripada kenderaan mesra alam yang bakal dibangunkan bersama-sama. Kenderaan adalah untuk memenuhi standard global dan memainkan peranan penting bagi kereta kompak saiz Asia disamping memningkatkan lagi imej Proton dimata dunia.
Setakat ini hanya gambar dari salah satu kenderaan yang direka untuk Proton. Kenderaan ini dikatakan mempunyai 5 pintu, empat kerusi hatchback dan saiz dikatakan sebesar model Fiat Panda kompak.
Terdapat juga varian 3 pintu, tetapi ianya hanya akan dipamerkan pada Geneva bulan depan(Mac).
“Objektif kami adalah untuk menawarkan ruangan hiasan dalaman dari kereta bersaiz sederhana tetapi tidak mengabaikan senireka luaran sebuah kereta kompak,” Giugiaro Giorgetto dipetik sebagai berkata.
Enjinnya akan dipasang didepan termasuk sistem pengecajan bateri lithium-ion. Kereta juga merupakan sepenuhnya menggunakan Drivetrain elektrik.

Wednesday, February 24, 2010

BUDAK COMEL...